Thursday, January 22, 2015

PENYAKIT-PENYAKIT ANEH DALAM SEJARAH MANUSIA

Kalau kita jumpa orang yang menghidap penyakit seperti ini, jangan pula kita sindir, hina dan pulaukan mereka.  Merekapun manusia biasa macam kita.

Kadang-kadang penyakit macam ini berpunca daripada masalah keturunan, genetik atau pun bawaan..

Itu yang nampak sesetengah penyakit tu pelik, jijik dan menggelikan..

Kalau nak tahu apa jenis penyakit yang pelik tu, jom layan gambar dibawah ini.. 

1. Progeria
Penyakit dimana seseorang tu akan nampak lebih tua dari umur dia yang sebenar. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang ekstrem. 




2. Tree Bark Skin Disorder
Juga dikenali sebagai 'Epidermodysplasia Verruciformis'. Berpunca daripada virus human papilloma (HPV) yang tersebar di luar kawalan. Kes paling popular adalah kes Dede Koswara, warga Indonesia yang digelar 'Tree Men'. Dalam Discovery Channel pernah ada cerita pasal dia ni.. 


3. Lion Face Syndrome.
Dikenali sebagai 'Leontiasis ossea'. Berpunca daripada pertumbuhan luar biasa pada wajah dan tengkorak. 


4. Porphyria - The Vampire Disease.
Berpunca daripada komplikasi neurologi atau masalah kulit (atau kedua-dua nya sekali) 


5. Werewolf Syndrome.
Dikenali sebagai 'Hypertrichosis' atau Ambras Syndrome. Berpunca daripada mutasi genetik dan boleh terjadi sejak lahir atau selepas dari itu. 


6. Proteus Syndrome.
Dikenali sebagai Wiedemann's Syndrome dan berpunca daripada mosaicism genetik. Menyebabkan pertumbuhan kulit yang cepat dan perkembangan tulang atipikal, serta diiringi tumor lebih setengah badan.. 


7. Neurofibromatosis
Berpunca daripada warisan genetik di mana tisu saraf tumbuh menjadi tumor yang boleh menyebabkan kerosakan yang serius disebabkan pemampatan saraf dan tisu-tisu lain. 


8. Polydactylism
Dikenali sebagai 'Hyperdactyly'. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang menyebabkan pertumbuhan jari-jemari yang berganda bilangan. 


9. Lamrey Disease.
Berpunca daripada jangkitan parasit yang tinggal di dalam air dan sering ditemui pada ikan. Kat Malaysia aku tak pernah dengar lagi pasal penyakit ni.. 


10. Elephantiasis.
Berpunca daripada penyakit atau podoconiosis yang menyebabkan penebalan kulit dan tisu asas, terutamanya di bahagian kaki dan alat kelamin lelaki. 


11. Trichotillomania
Berpunca daripada gangguan tekanan selepas trauma atau stress yang meyebabkan seseorang itu sering menarik rambut nya sendiri dan membawa kepada keguguran rambut yang ketara. Merupakan penyakit kronik dan sukar diubati. 


12. Cushing Syndrome
Berpunca daripada gangguan hormon yang disebabkan oleh tahap kortisol yang tinggi dalam darah. Kesan penyakit ini adalah berat badan penghidap akan meningkat, terutamanya pada bahagian badan dan muka. 


13. Necrotising Fascilitis
Dikenali sebagai flesh-eating disease (bakteria pemakan daging). Merupakan penyakit yang jarang berlaku pada lapisan kulit dan tisu, mudah merebak pada kulit muka dan tisu-tisu bahagian badan yang lain. 


14. Fibrodisplasia Ossificanns Progressiva
Berpunca daripada penyakit genetik yang menyerang tisu penghubung. Dalam banyak kes, kecederaan boleh menyebabkan sendi menjadi kekal seperti itu. Pemulihan hanya boleh dilakukan dengan menjalani pembedahan tulang belakang.



sumber

No comments:

Post a Comment