Thursday, January 10, 2019

KELEBIHAN MEMBACA AYAT AL-KURSI (SILA SHAREKAN)




Soalan: Apakah sahih dengan membaca ayat al-Kursi akan ditarik lembut nyawanya ketika sakaratul maut?



Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Berdasarkan soalan di atas, kami tidak menemui hadith yang sahih berkaitan kelebihan yang dinyatakan seperti di atas. Walaupun begitu, terdapat juga kelebihan lain bagi sesiapa yang membaca atau mengamalkan ayat al-Kursi ini sebagaimana yang disebut di dalam hadith. Antaranya:



Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. [Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]



Komentar Berkaitan Hukum Hadith

Antara pendapat ulama’ berkaitan hadith ini adalah:



وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ مِنْ حَدِيثِ أبي أمامة، وَعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، وَالْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، وَجَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، وَأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، وَفِيهَا كُلِّهَا ضَعْفٌ، وَلَكِنْ إِذَا انْضَمَّ بَعْضُهَا إِلَى بَعْضٍ مَعَ تَبَايُنِ طُرُقِهَا وَاخْتِلَافِ مَخَارِجِهَا، دَلَّتْ عَلَى أَنَّ الْحَدِيثَ لَهُ أَصْلٌ وَلَيْسَ بِمَوْضُوعٍ

Maksudnya: “Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan hadith ini diriwayatkan oleh Abi Umamah, Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Umar, al-Mughirah bin Syu’bah, Jabir bin Abdillah dan Anas bin Malik. Padanya kesemuanya (riwayat-riwayat tersebut )terdapat keleMahan. Akan tetapi, jika dihimpunkan kesemua riwayat-riwayat ini dengan menjelaskan jalur-jalur dan perbezaan asal setiap satu daripadanya. Ini telah menunjukkan bahawa hadith ini mempunyai asal dan ia bukanlah hadith yang palsu”. [Lihat: Zad al-Ma’ad, 294/1]



Persoalan

Mengapakah ayat al-Kursi ini begitu istimewa?



Jawapan: Bagi menjawab persoalan di atas, kami datangkan jawapan yang diberikan oleh Imam al-San’ani ?



وَاخْتَصَّتْ آيَةُ الْكُرْسِيِّ بِذَلِكَ لِمَا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ مِنْ أُصُولِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ الْإِلَهِيَّةِ، وَبِالْوَحْدَانِيَّةِ، وَالْحَيَاةِ، وَالْقَيُّومِيَّةِ، وَالْعِلْمِ، وَالْمُلْكِ، وَالْقُدْرَةِ، وَالْإِرَادَةِ

Maksudnya: “Kelebihan ayat ini Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak)”. [Lihat: Subul al-Salam, 297/1]



Penutup

Kesimpulannya, membaca ayat al-Kursi mempunyai kelebihannya yang tersendiri sebagaimana yang disebut di dalam hadith Abi Umamah di atas iaitu kita disunatkan membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas menunaikan solat fardhu berdasarkan nas atau hadith di atas. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita. Amin.



Wallhua’lam

soalan dan jawapan diambil dari ;

MUFTI WILAYAH

Tuesday, June 7, 2016

Rahsia Bismillah



Assalamualaikum, Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan

“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram." (Surah Al-Ra’du: Ayat 28)
❤Jadikan AlQuran itu sebahagian dari amalan hidup kita semuga kita akan lebih tenang menghadapi liku-liku hidup yang lebih mencabar.
❤Jadikan Ramadhan ini lebih diberkati dengan memperbanyakkan membaca dan mendengar ayat-ayat AlQur'an
RADIO DIGITAL AL-QURAN DENGAN HARGA PROMOSI
❤Bacaan lengkap Al quran 30 juzuk dari 2 Qari terkemuka iaitu Syeikh Saad Al Ghomidi & Syaikh Misyari Rasyid Alafasy
❤Munajat Taubat Keampunan, zikir-zikir, selawat, mutiara nasihat dan lain-lain.
❤Ayat Ruqyah yang mana amat perlu bagi mereka yang mengalami gangguan sihir dan makhluk halus.
>Hidup rasa tak tenang?
>>Dirumah rasa macam tak selesa?
>>>Terasa macam ada gangguan?..
>>>>Tapi tak cukup masa nak mengaji.
>>>>>InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya..
>>>>>>Ketahuilah bahawa ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan...
>>>>>>>Perdengarkan ayat-ayat Ruqyah dirumah ada selalu...

Thursday, August 27, 2015

KITA SALING MEMERLUKAN

~ Kita Saling Memerlukan ~

Ada orang pandai memasak tetapi jahitannya lintang pukang. Niat hendak menjahit baju kurung, sebaliknya baju seperti guni beras. 
Ada orang hebat mengarang tetapi lukisannya comot. Hendak melukis kucing, jadi gambar beruk. 
Ada orang bijak dan kreatif tetapi tidak tahan lasak pula.
Begitulah manusia. Mana ada seratus peratus sempurna. Kerana itu, dalam surah al-Maidah ayat 2 ;

Saturday, May 23, 2015

Kisah Pemadam dan Kapur



Seorang guru sedang mendidik murid-muridnya.  Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada getah pemadam, Guru berkata, "Mari kita menguji minda sebentar. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka kamu semua sebut "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka maka kamu semua sebut "pemadam!"



Setelah murid-muridnya faham, Guru mengangkat silih berganti antara tangan kanan dan tangan kirinya, kian lama kian cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan permainan diulang kembali.

Wednesday, February 11, 2015

TANGGUNGJAWAB SUAMI URUSKAN RUMAH?

SOALAN:
Saya membaca sebuah buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karangan Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga, tahun 1981, halaman 184-185. Buku ini menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja-kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan.
Jika isteri melakukan semua itu, ia berhak menuntut gantian dengan harga sebagai upah. Kewajipan isteri, menurutnya, hanya taat dan menyerah diri kepada suami bagi memuaskan kehendaknya serta tinggal dalam rumah dan tidak boleh keluar tanpa izin.
Soalan saya, benarkah pendapat ini? Setahu saya apa yang disebutkan itu bertentangan dengan amalan dalam masyarakat Melayu hari ini. Saya harap tuan jelaskan kewajipan sebenar suami, isteri sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis. - SALMIAH, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Thursday, February 5, 2015

Wednesday, February 4, 2015

Petanda-Petanda Bila Kucing Datang Pada Kita Meminta Makanan

Petanda-Petanda Bila Kucing Datang Pada Kita Meminta Makanan | Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

Pertama :

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

ADA DAPAT SMS MENANG HADIAH DUIT BERPULUH RIBU?

Ramai orang mendapat SMS yang mengatakan bahawa mereka telah memebangi duit berpuluh ribu ringgit dari mana-mana syarikat.


Dengar perbualan ini, dimana beliau telah mengajar orang yang nak senang hidup dengan menipu orang :)






Sumber - FB