AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008


MUKA 1


MUKA 2

diambil dari JKM


(Saya convertkan semula ke dalam tulisan teks agar boleh di baca oleh sistem JAWS
ada beberapa perkataan yg tidak tepat, sila rujuk SCAN)

MUKA 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 685
AKTA ORANG  KURANG  UPAYA 2008


SUSUNAN  SEKSYEN


BAHAGIAN  I
PERMULAAN

Seksyen
I.  Tajuk  ringkas  dan  permulaan  kuat  kuasa
2.  Tafsiran


BAHAGIAN  II

MAJLIS  KEBANGSAAN  BAGI  ORANG   KURANG  UPAYA

3.            Majlis Kebangsaan  bagi  Orang  Kurang  Upaya

4.            Anggota  silih  ganti

5.            Pembatalan  Perlantikan

6.            Keterhentian  Keanggotaan

7.            Mesyuarat  Majlis

8.            Setiausaha  Majlis

9.            Fungsi  Majlis

10.          Majlis  hendaklah  dibantu  oleh Jabatan

11.          Penubuhan  Jawatankuasa

12.          Pewakilan  fungsi  dan  kuasa

13.          Majlis  hendaklah  mengesyorkan perubahan  pada undang-undang

14.          Tanggungjawab Kerajaan

15.          Tanggungjawab kementerian yang  berkaitan,  dll

16.          Tanggungjawab sektor  swasta  dan  pertubuhan bukan  kerajaan

17.          Tindakan   susulan

18.          Dana

19.          Laporan  tahunan

MUKA 4
Undang-Undang Malaysia
AKTA 685

BAHAGIAN III

PELANTIKAN  KETUA PENDAFTAR. DLL.,  DAN
PENDAFTARAN  ORANG  KURANG UPAYA

Seksyen

20.          Pelantikan dan  tugas  Ketua  Pendaftar dan  Pendaftar

21.          Daftar  Orang  Kurang  Upaya

22.          Permohonan bagi  pendaftaran

23.          Kuasa Pendaftar untuk meminta dokumen  atau maklumat tambahan

24.          Pendaftaran dan  keengganan untuk  mendaftar

25.          Pengeluaran Kad  OKU




BAHAGIAN IV

PENGGALAKAN  DAN  PEMBANGUNAN  KUALITI  HlDUP  DAN
KESEJAHTERAAN  ORANG  KURANG  UPAYA

Bab I

Kebolehaksesan

26.          Akses   kepada  kemudahan,  ameniti,  perkhidmatan  dan   bangunan awam

27.          Akses  kepada kemudahan pengangkutan awam

28.          Akses  kepada pendidikan

29.          Akses  kepada  pekerjaan

30.          Akses  kepada  maklumat, komunikasi  dan  teknologi

31.          Akses  kepada  kehidupan  berbudaya

32.          Akses  kepada rekreasi,  santai dan sukan




Bab  2

Habilitasi  dan  rehabilitasi

33.          Habilitasi  dan rehabilitasi

34.          Perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan  komuniti  lain

MUKA 5
Orang  Kurang  Upaya

Bab  3

Kesihatan


Seksyen

35.          Akses  kepada  kesihatan

36.          Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya

37.          Pengadaan personel kesihatan


Bab  4

Perlindungan orang  dengan  ketidakupayaan  teruk

38.          Perlindungan sepanjang hayat  dan  sistem  sokongan  sosial

39.          Pengertian "orang dengan  ketidakupayaan  teruk"


Bab  5

Keadaan   berisiko dan  kecemasan kemanusiaan

40.          Akses  kepada  bantuan


BAHAGIAN V

AM

41.          Perlindungan terhadap tindakan  guaman  dan prosiding undang-undang

42.          Akta  Perlindungan Pihak  Berkuasa  Awam  1948

43.          Kuasa  membuat   peraturan-peraturan

44.          Perkara   yang  dilakukan dalam  menjangkakan Akta  ini  diperbuat

45.          Kecualian dan  peralihan

46.          Pencegahan  anomali

7

UNDANG-UNDANG  MALAYSIA



Akta 685





AKTA  ORANG  KURANG  UPAYA 2008







Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan  bagi pendaftaran, perlindungan,  rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan  orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang  berkaitan  dengannya.



l


MENGIKTIRAF bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada  interaksi  antara  orang  kurang  upaya  dengan  halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan  penuh dan berkesan  mereka  dalam  masyarakat  atas  asas kesetaraan  dengan orang  upaya:

MENGIKTIRAF sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh orang kurang upaya kepada kesejahteraan dan kepelbagaian  komuniti  dan masyarakat  keseluruhannya:

MENGIKTIRAF kepentingan kebolehaksesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi   dan  kebudayaan,  kepada   kesihatan dan pendidikan serta kepada maklumat dan komunikasi, bagi membolehkan  penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam  masyarakat:

MENGIKTIRAF  bahawa  orang  kurang   upaya  adalah  berhak kepada peluang dan perlindungan, serta bantuan sama rata dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan  dan  perlindungan  hak sebagaimana  yang  diperuntukkan oleh Perlembagaan  Persekutuan:

8                                Undang-Undang Malaysia                  AKTA 685

MENGIKTIRAF kepentingan kerjasama  antara  Kerajaan  dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan   dan  penglibatan  penuh  dan  berkesan   orang  kurang upaya  dalam  masyarakat:

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Par limen
Malaysia  seperti  yang  berikut:



BAHAGIAN I


PERMULAAN


Tajuk ringkas  dan  permulaan kuat  kuasa

1.  (I) Akta  ini  bolehlah  dinamakan  Akta  Orang  Kurang  Upaya
2008.


(2)  Akta  ini  mula  berkuat  kuasa  pada  tarikh  yang  ditetapkan oleh  Menteri   melalui  pemberitahuan dalam  Warta,  dan  Menteri boleh   menetapkan  tarikh   yang   berlainan  bagi  permulaan  kuat kuasa  peruntukan yang  berlainan  Akta  ini.



Tafsiran


2.   Dalam   Akta   llll, melainkan  jika  konteksnya  menghendaki makna  yang  lain-

"bahasa"  termasuklah  bahasa  pertuturan  dan  isyarat,  Bahasa
Isyarat  Malaysia  dan  bentuk  bahasa  bukan  pertuturan   lain;


"Bahasa   Isyarat   Malaysia" ertinya   bahasa  isyarat   rasmi  bagi orang  pekak  di  Malaysia;

"Daftar" ertinya   Daftar  Orang  Kurang   Upaya  yang  disimpan dan  disenggarakan di  bawah  seksyen  21;

"ditetapkan" ertinya  ditetapkan oleh peraturan-peraturan  yang dibuat  di  bawah  Akta  ini;

-




Orang  Kurang Upaya     9

"habilitasi" merujuk kepada proses  yang  bertujuan untuk membolehkan orang  yang dilahirkan dengan  ketidakupayaan mencapai  serta   mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental,  sosial  dan  vokasional   serta  penglibatan dan  penyertaan penuh  mereka  dalam  semua  aspek  kehidupan;

"Jabatan" ertinya   Jabatan   Pembangunan  bagi  Orang  Kurang Upaya yang bertanggungjawab bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, perkembangan dan  kesejahteraan orang  kurang upaya;

"Kad OKU" ertinya kad yang dikeluarkan  di bawah seksyen 25; "Kerajaan" ertinya  Kerajaan  Persekutuan;
"Ketua  Pendaftar" dan  "Timbalan  Ketua  Pendaftar"  masing­
masing  ertinya   Ketua  Pendaftar   bagi  Orang  Kurang  Upaya  dan Timbalan  Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya yang dilantik di  bawah  perenggan   20(l)(a) dan (b);

"komunikasi" termasuklah bahasa,  paparan  teks, Braille,  bahasa sentuhan, cetak  besar,  isyarat,  multimedia boleh  akses  dan  juga cara dan format  komunikasi secara  bertulis, audio,  bahasa mudah, jurubaca serta kaedah augmentatif dan alternatif,  termasuk maklumat boleh  akses  dan  teknologi  maklumat;

"Majlis" ertinya  Majlis  Kebangsaan bagi Orang  Kurang  Upaya yang  ditubuhkan di bawah  seksyen  3;

"Menteri" ertinya Menteri yang  dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi  kebajikan   masyarakat;

"orang kurang  upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan  jangka  panjang  fizikal, mental,  intelektual atau  deria yang apabila berinteraksi  dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh  dan  berkesan  mereka  dalam  masyarakat;

"Pegawai Kebajikan Masyarakat" ertinya  mana-mana Pegawai Kebajikan   Masyarakat  di  Kementerian  yang  bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat dan termasuklah mana-mana Penolong Pegawai  Kebajikan   Masyarakat;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar Orang Kurang Upaya yang dilantik di  bawah  perenggan  20(1)(c);

"penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta" ertinya penyedia kemudahan  jagaan  kesihatan  swasta  di  bawah  Akta  Kemudahan dan  Perkhidmatan Jagaan  Kesihatan   Swasta  1998  [Akta  586];

10           Undang-Undang Malaysia            AKTA 685

"penyesuaian munasabah" ertinya pengubahsuaian dan pelarasan yang perlu dan sesuai  tanpa mengenakan  bebanan  tidak seimbang atau tidak  wajar,  jika diperlukan dalam  hal tertentu, untuk memastikan orang kurang upaya menikmati atau menjalani kehidupan yang  berkualiti  dan  sejahtera atas  asas  kesetaraan  dengan  orang upaya;

"rehabilitasi" merujuk  kepada  proses  yang bertujuan  untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan sepenuhnya  keupayaan  fizikal, mental,  sosial dan vokasional  serta penglibatan  dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek kehidupan;

"reka  bentuk sejagat" ertinya  reka  bentuk produk,  persekitaran, program   dan  perkhidmatan  yang  boleh  digunakan   oleh  semua orang,  ke  tahap  sebaik  mungkin,  tanpa  perlu  membuat  adaptasi atau reka bentuk khusus dan hendaklah termasuk alat bantu bagi kumpulan  orang  kurang  upaya  tertentu  jika  ia diperlukan;

"sektor  swasta" merujuk  kepada  mana-mana  orang  atau badan sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan selain  Kerajaan atau  Kerajaan   Negeri,   agensi,  baclan atau  pertubuhan   Kerajaan, tetapi ticlak termasuk  apa-apa  rujukan  kepacla pertubuhan bukan kerajaan.



BAHAGIAN II

MAJLIS  KEBANGSAAN BAG!  ORANG  KURANG  UPAYA

Majlis Kebangsaan  bagi Orang Kurang Upaya

3. (1)  Suatu baclan yang clikenali sebagai  Majlis Kebangsaan  bagi
Orang  Kurang  U pay a  henclaklah  clitubuhkan  bagi  maksud  Akta
lUI.

(2)  Majlis  henclaklah  tercliri daripacla anggota  yang  berikut:

(a)  Menteri  yang  henclaklah menjacli Pengerusi;

(b)  Ketua  Setiausaha Kementerian yang  bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, yang henclaklah menjacli Timbalan  Pengerusi;

(c)  Peguam  Negara  Malaysia, atau  wakilnya;

r-




Orang  Kurang Upaya     11

(d)  Ketua  Setiausaha  Kementerian yang  bertanggungjawah bagi  kewangan;

(e) Ketua  Setiausaha  Kementerian yang  bertanggungjawab bagi  pengangkutan;

(j) Ketua  Setiausaha  Kementerian yang  bertanggungjawab bagi  sumber  manusia;

(g)   Ketua  Pengarah  Pendidikan;

(h) Ketua  Pengarah  Kesihatan;

( i) Pengerusi Lembaga  Pelesenan  Kenderaan Perdagangan;

(}) tidak lebih  daripada sepuluh orang  yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam permasalahan dan isu yang berhubungan dengan orang kurang  upaya  yang  hendaklah dilantik   oleh  Menteri.

(3)  Anggota Majlis  yang  dilantik  di  bawah   subseksyen  (2) boleh dibayar  apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(4)  Seseorang anggota  Majlis  yang dilantik di bawah perenggan (2)(j), melainkan jika dia terlebih  dahulu  meletakkan jawatan  atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih  dahulu dibatalkan hendaklah memegang jawatan  selama  tempoh  tidak melebihi  dua tahun dan adalah  layak  untuk dilantik semula  selama tempoh  tidak  melebihi   dua  penggal  berturut-turut.



Anggota  silih  ganti

4.  (1)  Menteri   boleh  melantik  seseorang untuk  menjadi  anggota silih ganti berkenaan dengan setiap anggota  yang dilantik  di bawah perenggan  3(2)(d), (e) dan (f) untuk  menghadiri mesyuarat  Majlis sebagai   ganti  anggota   itu  apabila   anggota   itu  tidak  dapat  hadir atas  apa-apa  sebab.

(2)  Apabila  menghadiri  mesyuarat Majlis seseorang  anggota silih ganti  hendaklah  bagi  segala  maksud  disifatkan  sebagai  anggota Majlis.

12           Undang-Undang Malaysia            AKTA  685

(3)  Seseorang angota  silih  ganti  hendaklah, melainkan jika dia terlebih  dahnlu  melepaskan keanggotaannya atau pelantikannya terlebih  dahulu   dibatalkan, terhenti   menjadi   anggota   silih  ganti apabila  anggota  yang  baginya  dia  merupakan anggota  silih  ganti terhenti  menjadi  anggota  Majlis.



Pembatalan  pelantikan

5.  Menteri  hendaklah membatalkan pelantikan seseorang anggota
Majlis  yang  dilantik di  bawah  perenggan   3(2)(j)-

( a)  jika   kelakuannya, sama   ada   yang   berkaitan  dengan kewajipannya  sebagai   anggota  Majlis   atau   selainnya, telah  memburukkan nama  Majlis;

(b)   jika telah dibuktikan  terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas,  suatu  pertuduhan berkenaan   dengan-

(i)  kesalahan yang melibatkan fraud,  kecurangan atau keburukan akhlak;

(i i)  kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan  rasuah;  atau

(iii)  apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenJaraan;

(c) jika  dia  menjadi  bankrap;   atau

(d)   jika dia menjadi  tidak sempurna aka!atau  selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya.



Keterhentian  keanggotaan

6.   Seseorang anggota  Majlis  yang  dilantik di  bawah  perenggan
3(2)(j) hendaklah terhenti   menjadi  anggota-

( a)  jika  dia  tidak  hadir  tiga  kali  berturut-turut  mesyuarat
Majlis  tanpa  kebenaran   Pengerusi;

(b)   jika  pelantikannya dibatalkan;

(c)   jika  dia  mati;  atau

Orang  Kurang  Upaya    13

(d)   jika  dia  meletakkan   jawatannya   dengan   memberi   satu bulan  notis  secara  bertulis  kepada  Menteri.



Mesyuarat Majlis

7.  (I)  Majlis   hendaklah   bermesyuarat  sekurang-kurangnya  tiga kali  setahun   bagi  melaksanakan  fungsinya  pada  bila-bila   masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

(2)  Sebelas  orang   anggota  hendaklah  membentuk  kuorum mesyuarat  Majlis.

(3) Pengerusi  hendaklah  mempengerusikan  kesemua mesyuaratnya.

(4) Jika Pengerusi tidak berupaya  atas apa-apa  sebab  untuk mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, mesyuarat hendaklah  dipengerusikan oleh  Timbalan  Pengerusi.

(5)  Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana  mesyuarat  atau pertimbangtelitian Majlis  bagi maksud menasihatinya ten tang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi   orang  itu  tidak  berhak   untuk  mengundi   pada  mesyuarat itu.

(6) Pada mana-mana mesyuarat  Majlis, Pengerusi  hendaklah mempunyai undi biasa dan hendaklah, sekiranya terdapat persamaan undi,  mempunyai   undi  pemutus.

(7)  Mana-mana orang  yang diundang di bawah  subseksyen  (5) boleh dibayar  apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan  oleh Menteri.

(8)  Tertakl uk  kepada  peruntukan  Akta   ini,   Majlis  boleh membuat  peraturan-peraturan bagi mengawal  selia  mesyuarat  dan prosidingnya.



Setiausaha Majlis

8.   Ketua   Pengarah  Kebajikan  Masyarakat  hendaklah  menjadi
Setiausaha Majlis.

14           Undang-Undanr; Malaysia           AKTA  685

Fungsi Majlis

9.  (1)  Fungsi  Majlis  adalah  seperti  yang  berikut:

(a)   untuk   menyelia  pelaksanaan  dasar   negara   dan   pelan tindakan  negara yang berhubungan dengan  orang kurang upaya;

(b)   untuk  membuat  syor  kepada  Kerajaan  mengenai  semua aspek orang kurang upaya termasuk  perkara-perkara yang berhubungan dengan sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi,  pembangunan  dan kesejahteraan orang kurang upaya;

(c)  untuk menyelaraskan dan memantau  pelaksanaan dasar negara   dan  pelan  tindakan   negara   yang  berhubungan dengan  orang  kurang upaya dengan  kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan;

(d)   untuk  memantau  dan  menilai  kesan  dasar,  program  dan aktiviti  yang dirancang  untuk mencapai penyertaan  penuh dan  berkesan   orang  kurang   upaya  dan  dalam  berbuat demikian boleh  membuat apa-apa perkiraan dengan kementerian, agensi,   badan  atau  pertubuhan  kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan sebagaimana yang difikirkannya perlu;

(e)   untuk mengkaji semula aktiviti sernua kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara  yang  berhubungan dengan  orang  kurang  upaya;

(f)  untuk mengesyorkan kepada Kerajaan  perubahan  kepada undang-undang sedia ada dan juga untuk mencadangkan undang-undang  barn  bagi  menjamin   penyertaan   penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk   untuk  memudahkan  kebolehaksesan;

(g) untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik  masyarakat dan untuk meningkatkan kesedaran  dalarn kalangan  masyarakat, termasuk  pada peringkat  keluarga,  berhubung  dengan   orang   kurang upaya termasuk keupayaan dan sumbangan mereka bagi menggalakkan  tanggapan   positif  dan  kesedaran   sosial yang tinggi serta memupuk rasa hormat kepada hak dan maruah  orang  kurang  upaya;








Orang  Kurang Upaya     15

(h)   untuk menerima  pakai langkah  yang berkesan  dan sesuai bagi menggalakkan pengiktirafan kemahiran, merit dan kebolehan  orang  kurang  upaya,  dan  sumbangan mereka di  tempat  kerja  dan  pasaran  buruh;

(i) untuk  memupuk   sikap  menghormati  hak  orang  kurang upaya pacta semua peringkat  sistem  pendidikan, termasuk pacta peringkat awal  kanak-kanak;

(})  untuk menasihati Kerajaan  mengenai  isu ketidakupayaan termasuk  perkembangan di  peringkat antarabangsa;

( k)  untuk mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat, dan menjalankan serta rnenggalakkan penyelidikan yang berhubungan dengan  orang  kurang  upaya;

(l) untuk  menggalakkan pembangunan latihan awal  dan berterusan  bagi golongan  profesional  dan kakitangan  yang bekerja  dalam  perkhidmatan habilitasi dan  rehabilitasi;

(m)   untuk  menggalakkan peluang  pekerjaan dan peningkatan kerjaya  bagi  orang  kurang  upaya  dalarn  pasaran  buruh, dan juga bantuan  dalam  mencari atau mendapatkan pekerjaan  atas   asas   keserataan  dengan   orang   upaya; dan

(n)  untuk rnelaksanakan  apa-apa fungsi lain sebagaimana  yang diarahkan  oleh   Menteri   bagi   pelaksanaan  sewajarnya Akta  ini.

(3)  Majlis hendaklah  mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu  bagi,  atau  yang  berkaitan dengan, atau  yang  bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di  bawah  Akta  ini.



Majlis  hendaklah  dibantn  oleh Jabatan

10. Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan  dalam pelaksanaan fungsinya dan  penjalanan kuasanya   di bawah  Akta  ini.



Penubnhan  jawatankuasa

11.  (1)  Majlis boleh menubuhkan apa-apajawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat  untuk mernbantu  dalam pelaksanaan fungsinya dan  penjalanan kuasanya di  bawah  Akta
Ill!.

16           Undang-Undang Malaysia            AKTA  685

(2)  Jawatankuasa yang  ditubuhkan  di bawah  subseksyen  (!)­

(a)   hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota Majlis yang   dinyatakan  di  bawah   perenggan 3(2)(b)  hingga
(i);

(b)   hendaklah  menepati  dan  bertindak  mengikut  apa-apa arahan  yang  diberikan kepadanya oleh  Majlis;  dan

(c)   boleh  menentukan tatacaranya sendiri.

(3)  Anggotajawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (I) boleh  dilantik daripada kalangan  anggota  Majlis  atau  mana-mana orang  lain  sebagaimana yang  difi kirkan  patut  oleh  Majlis.

(4)  Kecuali anggotajawatankuasa yang dilantik daripada kalangan anggota  Majlis,  mana-mana orang   lain   yang   dilantik  sebagai anggota  jawatankuasa boleh  dibayar  apa-apa  elaun  sebagai mana yang  ditentukan oleh  Menteri.

(5)  Anggota  jawatankuasa  hendaklah  memegang  jawatan bagi apa-apa  tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan  adalah  layak  untuk  dilantik   semula.

(6) Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa  memberikan apa-apa  sebab  bagi  pembatalan itu.

(7)  Anggotajawatankuasa boleh, pada bila-bila  masa, meletakkan jawatan dengan  memberikan notis secara  bertul is kepada  pengerusi jawatankuasa.

(8) Majlis  boleh,  pada bila-bila  masa,  memberhentikan atau mengubah   keanggotaan sesuatu  jawatankuasa.

(9)  Jawatankuasa  hendaklah  mengadakan  mesyuaratnya  pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh  pengerusi jawatankuasa.

(10)   Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang  untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa  perkara  yang dibincangkan tetapi orang  itu  tidak  berhak  untuk  mengundi pada  mesyuarat  itu.

(ll) Mana-mana orang  yang  diundang  di  bawah  subseksyen (10)  boleh  dibayar apa-apa  elaun  sebagaimana yang  ditentukan oleh  Menteri.

Orang  Kurang  Upaya    17

Pewakilan  fungsi  dan kuasa

12.  (I) Majlis boleh, tertakluk  kepada apa-apa  syarat,  batasan atau sekatan  sebagaimana yang disifatkannya patut  untuk dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi  dan kuasanya, kecuali  kuasa untuk membuat  peraturan-peraturan di  bawah  seksyen  43,  kepada-

( a)  Pengerusi Majlis;

(b)  mana-mana anggota Majlis yang   dilantik  di  bawah perenggan   3(2)(b) hingga  (i);  dan

(c) sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 11.

(2)  Mana-mana  orang atau jawatankuasa yang diwakilkan  dengan apa-apa  fungsi  dan kuasa hendaklah menepati dan mengambil  kira semua  syarat  dan  sekatan  yang dikenakan oleh  Majlis  dan semua kehendak, tatacara  dan  perkara  yang  dinyatakan oleh  Majlis.

(3)  Apa-apa fungsi  atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini  hendaklah  dilaksanakan  dan  dijalankan  atas  nama  dan  bagi pihak  Majlis.

(4)  Pewakilan di bawah seksyen  ini tidaklah  menghalang Majlis daripada melaksanakan atau  menjalankan  sendiri   pada  bila-bila masa  mana-mana fungsi  dan  kuasa  yang  diwakilkan.



Majlis  hendaklah   mengesyorkan  perubahan   pada  undang­
undang

13.  (1)  Dalam  melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, adalah menjadi tanggungjawab Majlis untuk mengesyorkan kepada Kerajaan perubahan yang dikehendaki  dibuat pada mana-mana undang-undang atau untuk mencadangkan pengadaan undang-undang baru bagi menjamin   penyertaan  penuh  dan  berkesan   orang   kurang   upaya dalam  masyarakat, termasuk  untuk  memudahkan kebolehaksesan atau apa-apa  perkara  lain  sebagaimana yang disifatkan perlu  atau suai  manfaat  oleh  Majlis.

(2)  Bagi maksud membuat apa-apa syor di bawah subseksyen (1),
Majlis-

(a)  hendaklah berunding  dengan  kementerian, agensi,  badan atau  pertubuhan kerajaan yang  berkaitan;  atau

18                              Undang-Undang Malaysia                  AKTA  685

(b)  boleh berunding dengan sektor swasta atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan sebagaimana yang disifatkannya perlu  atau  suai  manfaat  untuk  berbuat  demikian.

(3) Dalam  merumuskan syor  atau  cadangannya di bawah subseksyen (1), Majlis  hendaklah  mengambil   kira apa-apa  dasar, maklumat dan pertimbangan  lain yang diterima semasa perundingan menu rut  subseksyen (2)  yang  didapatinya berkaitan.



Tanggungjawab Kerajaan

14.   Tanggungjawab dan kewajipan yang hendaklah ditunaikan oleh Kerajaan  di bawah Akta ini hendaklah  bagi menjayakan  dasarnya yang berhubungan dengan orang kurang upaya dan hendaklah ditunaikan  sedemikian-

(a)   dengan  mengambil  kira sumber  manusia  dan kewangan yang  ada  dan  apa-apa  faktor  lain  yang  berkaitan; dan

(b)  dengan  mematuhi  peruntukan  Perlembagaan Persekutuan dan  undang-undang bertulis  lain  yang  berkaitan.



Tangguugjawab kemeuteriau yang  berkaitau, dll.

15.   Menjadi  tanggungjawab dan kewajipan  tiap-tiap kementerian, agensi,  badan  atau  pertubuhan   kerajaan  yang  berkaitan-

(a)  untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi  Majlis  di  bawah  Akta  ini;

(h)   untuk memberi  pertimbangan wajar kepada  dasar  negara dan  pelan  tindakan   negara   yang  berhubungan  dengan orang  kurang  upaya;  dan

(c)   untuk mengambillangkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang  berhubungan dengan  orang  kurang  upaya.

l




Orang  Kurang Upaya     19

Tanggungjawab  sektor  swasta  dan    pertubuhan   bukan
kerajaan

16.  Menjadi  tanggungjawab  dan   kewajipan  sektor  swasta  dan pertubuhan bukan   kerajaan-

(a)   untuk  bekerjasama dengan dan  membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di  bawah  Akta  ini;

(b)   untuk  memberi pertimbangan wajar  kepada dasar  negara dan   pelan   tindakan  negara   yang   berhubungan  dengan orang   kurang upaya;  dan

(c)   untuk mengambillangkah atau menjalankan tindakan  yang dikehendaki supaya diambil olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain  atau  selainnya yang  berhubungan dengan orang   kurang upaya.


Tindakan  susulan

17.   (I)  Majlis boleh  menghendaki kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan yang  berkaitan untuk  mengemukakan laporan kepada Majlis mengenai langkah dan  tindakan yang  dikehendaki diambil oleh  kementerian, agensi, badan  atau  pertubuhan kerajaan yang  berkaitan dalam mematuhi peruntukan Akta  ini pada apa-apa
!at  tempoh sebagaimana  yang  ditentukan oleh  Majlis.

(2)  Menjadi kewajipan  kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan  yang   berkaitan  yang   disebut  dalam  subseksyen  (I) untuk  mengemukakan laporan penuh  berkenaan dengan kemajuan langkah atau  tindakan yang  dijalankan oleh  kementerian, agensi, badan  atau  pertubuhan kerajaan yang  berkaitan dan laporan itu hendaklah diberikan sehingga langkah atau  tindakan itu  selesai.

(3)  Majlis boleh  menghendaki kementerian, agensi, badan  atau pertubuhan kerajaan yang  berkaitan untuk  memberikan penjelasan jika  Majlis berpendapat bahawa   kemajuan langkah atau  tindakan itu  tidak   mencukupi atau  tidak   memuaskan.


Dana

18.  Kerajaan hendaklah menguntukkan Majlis dengan dana  yang mencukupi secm•a tahunan  untuk membolehkan Majlis  melaksanakan fungsinya di  bawah  Akta  ini.

20            Undang-Undang Malaysia                  AKTA  685

Laporan  tahunan

19. Majlis hendaklah memberikan suatu laporan tahunan mengenai  semua  aktivitinya sepanjang tahun  yang  dimaksudkan oleh  laporan  itu kepada  Menteri, dan  mana-mana pihak  berkuasa awam  sebagaimana yang  diarahkan oleh  Menteri.



BAHAGIAN III

PELANTIKAN  KETUA PENDAFTAR,  DLL.,  DAN PENDAFTARAN  ORANG KURANG  UPAYA

Pelantikan  dan tugas  Ketua Pendaftar  dan  Pendaftar

20.  (I) Menteri  hendaklah bagi  maksud  Akta  ini  melantik-

(a) seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab bagi Jabatan sebagai Ketua Pendaftar;

(b)  seorang  Pegawai  Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan sebagai  Timbalan Ketua  Pendaftar;

(c)  seorang  Pegawai  Kebajikan Masyarakat daripada Jabatan sebagai Pendaftar bagi setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan; dan

(d)  apa-apa   bilangan   Penolong Pendaftar  bagi  mana-mana daerah  atau  kawasan  sebagaimana yang  ditentukan oleh Menteri.

(2) Ketua  Pendaftar hendaklah berada  di bawah arahan dan pengawasan am Ketua  Pengarah  Kebajikan Masyarakat dan Ketua Pendaftar  hendaklah  menjalankan  kawalan   dan  pengawasan  am atas segala perkara  yang berhubungan dengan  pendaftaran orang kurang  upaya  di  bawah  Akta  ini.

(3)  Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar  dan Penolong  Pendaftar hendaklah berada di bawah arahan dan pengawasan am Ketua Pendaftar.

(4)  Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan semasa ketiadaannya, kuasa dan fungsi  itu boleh  dipunyai  atau dijalankan oleh  Timbalan Ketua  Pendaftar.

Orang  Kurang Upaya     21

(5) Tertakluk  kepada  araban, kawalan  dan pengawasan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar atau  Pendaftar boleb menjalankan segala  kuasa dan fungsi yang diberikan  kepada Ketua Pendaftar oleb  atau  di  bawah  Akta  ini.

(6)  Tertakluk kepada araban, kawalan dan pengawasan  Pendaftar, seseorang Penolong Pendaftar hendaklab membantu Pendaftar dalam  menjalankan kuasanya  dan melaksanakan fungsinya dalam daerab  atau  kawasan  yang  Penolong  Pendaftar itu  dilantik.

(7) Pelantikan Ketua  Pendaftar, Timbalan Ketua  Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar  di bawah seksyen  ini bendaklab disiarkan   dalam  Warta.



Daftar  Orang Kurang Upaya

21.  (1)  Tiap-tiap   Pendaftar   bendaklab  menyimpan  dan menyenggarakan Daftar  Orang  Kurang  Upaya.

(2)  Menteri boleb membuat peraturan-peraturan bagi penyimpanan dan penyenggaraan Daftar Orang Kurang Upaya dan peraturan­ peraturan itu boleblab termasuk peruntukan untuk memberi kuasa kepada Pendaftar atau Penolong  Pendaftar  untuk mengemaskinikan Daftar dengan membuat perubaban kepada butir-butir orang kurang upaya   atau   mernotong  nama  orang   kurang   upaya   yang   telab meninggal  dunia  atau  terbenti  rnenjadi  orang  kurang  upaya.



Permohonan  bagi  pendaftaran

22.  (1)  Permohonan bagi pendaftaran sebagai orang kurang upaya bendaklah  dibuat  kepada  Majlis.

(2)  Menteri boleb rnernbuat peraturan-peraturan bagi pendaftaran orang kurang upaya dan bagi segala perkara yang bersampingan dengannya.

(3)  Tanpa   rnenjejaskan  keluasan  subseksyen  (2),   peraturan­
peraturan  itu  boleb-

(a)   menetapkan  tatacara  yang   bendaklab  diikuti  semasa membuat  suatu  perrnobonan   bagi  pendaftaran;

22                               Undang-Undang Malaysia                AKTA  685

(b)   rnenetapkan orang  yang boleh  didaftarkan sebagai  orang kurang upaya dan orang yang terhenti daripada didaftarkan sebagai  orang  kurang  upaya;  dan

(c)   rnenetapkan  cara   pengeluaran  dan   pernbatalan  Kad
OKU.



Kuasa Pendaftar nntuk meminta dokumen atau maklumat tambahan

23.  (1)  Pendaftar boleh, berhubung dengan mana-mana permohonan yang  dibuat   di  bawah   seksyen   22,  rneminta   supaya   diberikan oleh  pernohon  apa-apa  dokumen  atau  maklumat  tambahan  dalam ternpoh  yang  dinyatakan oleh  Pendaftar.

(2) Jika seseorang yang membuat  permohonan gaga! untuk mernberikan dokumen  atau rnaklumat tarnbahan yang dirninta dalarn ternpoh  yang  dinyatakan atau  apa-apa  ternpoh  lain  sebagaimana yang  dilanjutkan oleh  Pendaftar, permohonan itu disifatkan telah ditarik   balik   tetapi   tanpa   menjejaskan  suatu   perrnohonan  baru dibuat.



Pendaftaran dan  keengganan untuk  mendaftar

24.  ( 1)  Selepas  mempertirnbangkan perrnohonan di bawah seksyen
22 dan apa-apa  dokurnen  atau rnaklurnat  tambahan  yang diberikan rnenurut  seksyen   23,  jika  ada,  Pendaftar hendaklah-

( a)  mendaftarkan seseorang sebagai  orang kurang  upaya jika dia berpuas hati bahawa orang yang menjadi subjek permohonan itu  merupakan   orang  kurang  upaya;  atau

(h)   enggan   untuk   mendaftarkan  seseorang  sebagai   orang kurang   upaya   jika  dia  berpuas   hati  bahawa  orang  itu bukan  orang  kurang  upaya.

(2)  Seseorang  yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah perenggan   (1)(h)  boleh  rnerayu  kepada   Menteri   dan  keputusan Menteri  adalah  rnuktarnad.

Orang  Kurang Upaya     23

Pengeluaran  Kad OKU

25. (1) Pendaftar hendaklah mengeluarkan Kad OKU kepada seseorang   yang  berdaftar sebagai  orang  kurang  upaya.

(2) Kad OKU yang dikeluarkan di bawah  subseksyen (I) hendaklah, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, menjadi keterangan muktamad bagi segala  maksud  bahawa  orang  itu telah didaftarkan  dengan   sewajarnya  sebagai   orang   kurang   upaya  di bawah  Aleta ini.

(3) Kad OKU hendaklah diserahkan kepada Pendaftar apabila seseorang terhenti menjadi  orang  kurang  upaya.



BAHAGIAN IV


PENGGALAKAN  DAN PEMBANGUNAN  KUALITI  HIDUP DAN KESEJAHTERAAN  ORANG  KURANG  UPAYA

Bab  I


Kebolehaksesan

Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan
awam

26.  (I) Orang   kurang   upaya  hendaklah  mempunyai  hak  untuk akses kepada dan menggunakan kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan  bangunan awam  yang  dibuka  atau  disediakan kepada  orang ramai  atas  asas  kesetaraan dengan  orang  upaya,  tetapi  tertakluk kepada kewujudan atau kemunculan apa-apa  keadaan  yang boleh membahayakan keselamatan orang  kurang  upaya.

(2)  Bagi maksud  subseksyen (1), Kerajaan  dan penyedia  mana­ mana  kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan  bangunan awam hendaklah memberi  pertimbangan yang sesuai  dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan  bahawa kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam itu serta  penambahbaikan kelengkapan  yang   berkaitan  dengannya  menepati  reka   bentuk sejagat   bagi   memudahkan  akses   kepada   dan  penggunaan  oleh orang  kurang  upaya.

24                               Undang-Undang Malaysia                  AKTA  685

Akses kepada  kemudahan  pengangkutan  awam

27.  ( 1)  Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada  dan  menggunakan kemudahan, ameniti  dan  perkhidmatan pengangkutan awam  yang  dibuka  atau  disediakan kepada  orang ramai  atas  asas  kesetaraan dengan  orang  upaya.

(2)  Bagi maksud  subseksyen (!), Kerajaan  dan penyedia  mana­ mana kemudahan, ameniti  dan perkhidmatan pengangkutan awam hendaklah memberi  pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah  yang perlu untuk memastikan bahawa  kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam itu menepati  reka bentuk sejagat   bagi  memudahkan  akses   kepada   dan  penggunaan  oleh orang  kurang  upaya.



Akses kepada  pendidikan

28.  (I) Orang  kurang   upaya  tidak  boleh  dikecualikan  daripada sistem   pendidikan  umum  atas  asas  ketidakupayaan, dan  kanak­ kanak  kurang  upaya  tidak boleh dikecualikan daripada  pendidikan prasekolah, rendah, menengah   dan  tinggi,   atas  asas  kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk  latihan  vokasional dan  pembelajaran sepanjang hayat.

(2)  Kerajaan dan  penyedia  pendidikan swasta  hendaklah, bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang  upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan  keperluan orang  dan kanak-kanak kurang  upaya dari segi, antara  lain,  prasarana, kelengkapan dan bahan  pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk  sokongan lain  yang memenuhi pelbagai  keperluan orang  atau  kanak-kanak kurang  upaya.

(3) Kerajaan dan  penyedia pendidikan swasta hendaklah mengambil langkah   yang  sesuai  untuk  membolehkan orang  dan kanak-kanak kurang  upaya mempelajari kemahiran hidup dan pembangunan  sosial   bagi   memudahkan  penyertaan  penuh   dan setara  mereka  dalam  pendidikan termasuk   yang  berikut:

(a)   untuk memudahkan pembelajaran Braille,  skrip alternatif, kaedah augmentatif dan  alternatif, cara  dan format komunikasi dan kemahiran orientasi dan mobiliti, dan memudahkan sokongan  rakan  sebaya  dan  pementoran;

Orang  Kurang Upaya     25

(b)   untuk memudahkan  pembelajaran  Bahasa Isyarat Malaysia dan penggalakan identiti  linguistik  komuniti  orang pekak; dan

(c)   untuk memastikan bahawa pendidikan orang dan khususnya kanak-kanak, yang buta, pekak atau pekak-buta disampaikan dalam bahasa,  kaedah dan cara komunikasi yang paling sesuai bagi  individu, dan  dalam persekitaran yang memaksimumkan pembangunan akademik dan  sosial.



Akses kepada  pekerjaan

29.  (1)  Orang kurang upaya hendaklah mempunyai  hak untuk akses kepada  pekerjaan   atas  asas  kesetaraan dengan  orang  upaya.

(2)  Majikan   hendaklah   melindungi  hak  orang  kurang   upaya, atas  asas  kesetaraan  dengan   orang   upaya,   untuk   mendapatkan suasana   kerja   yang  adil  dan  baik  termasuk   peluang   sama  rata dan  saraan  sama  rata  bagi  kerja  yang  sama  nilai,  suasana  kerja yang selamat dan sihat, perlindungan daripada gangguan  dan memulihkan ketidakpuasan hati.

(3)  Majikan hendaklah dalam melaksanakan kewajipan  sosialnya berusaha   untuk  menggalakkan pekerjaan   yang  stabil  bagi  orang kurang upaya dengan menilai keupayaannya dengan sewajarnya, menyediakan tempat  pekerjaan yang sesuai  dan menjalankan pengurusan  pekerjaan yang  sesuai.

(4)  Majlis   hendaklah, bagi  menggalakkan  pengambilan  kerja orang   kurang   upaya   dalam   sektor   swasta,  merumuskan dasar dan langkah yang sesuai yang boleh termasuk program tindakan afirmatif   dan  langkah  lain.

(5)  Majlis hendaklah  menggalakkan peluang  bagi latihan kepada orang   kurang  upaya   dalam   pasaran  buruh   dan   juga   peluang untuk  bekerja  sendiri, keusahawanan, pembangunan koperasi, memulakan  perniagaan sendiri  dan  mewujudkan peluang  bekerja dari  rumah.

(6)  Bagi  maksud  seksyen  Ill!, "majikan"  termasuklah
Kerajaan.

26             Undan[;-Undan[; Malaysia                 AKTA  685

Akses  kepada  maklumat, komunikasi dan  telmologi

30.  (I)   Orang   kurang   upaya  hendaklah  mempunyai  hak  untuk akses  kepada  maklumat, komunikasi dan teknologi atas asas kesetaraau dengan  orang  upaya.

(2)  Kerajaan  dau penyedia  maklumat, komunikasi dan tekuologi hendaklah, bagi  membolehkan  orang  kurang  upaya  mempunyai akses  sedemikian, menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi  dalam  format   dan  teknologi  boleh  akses   bersesuaian dengan  pelbagai   jenis  ketidakupayaan mengikut cara  yang  tepat pada  masanya  dan  tanpa  kos  tambahan.

(3) Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan memudahkan penggunaan Bahasa Isyarat  Malaysia, Braille, komunikasi augmentatif dan  alternatif, dan  semua  cara,  kaedah dan  format  komunikasi  boleh  akses  pilihan  orang  kurang  upaya dalam  urusan  rasmi.



Akses  kepada  kehidupan berbudaya

31.  (1)  Orang   kurang   upaya  hendaklah   mempunyai  hak  untuk akses  kepada  kehidupan  berbudaya   atas  asas  kesetaraan  dengan orang  upaya.

(2) Orang  kurang upaya  hendaklah mempunym hak  untuk menikmati   akses-

(a) kepada  bahan  kebudayaan dalam  format  boleh  akses;

(b) kepada  program  televisyen, filem, teater  dan  aktiviti kebudayaan lain,  dalam  format  boleh  akses;  dan

(c) ke tempat persembahan kebudayaan atau perkhidmatan seperti  teater,  muzium,  panggung  wayang, perkhidmatan perpustakaan  dan  pelancongan  dan,  seboleh   mungkin, lee monumen   dan  tapak  yang  mempunyai kepentingan kebudayaan kebangsaan.

(3) Majlis  hendaklah mengambil langkah  yang sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya  mendapat peluang untuk membangunkan  dan  menggunakan  potensi   kreatif, artistik   dan

Orang  Kurang Upaya     27

intelek  mereka,   bukan  hanya  untuk  kepentingan mereka  sendiri, tetapi  juga  untuk  memperkaya masyarakat.

(4)  Orang   kurang   upaya   adalah   berhak   atas  asas  kesetaraan dengan orang upaya untuk mendapatkan pengiktirafan  dan sokongan terhadap identiti khusus kebudayaan dan linguistik mereka, termasuk Bahasa  lsyarat  Malaysia  dan  budaya  orang  pekak.



Akses kepada rekreasi,  santai  dan sukan

32. (I) Orang kurang  upaya hendaklah  mempunyai  hak untuk menyertai aktiviti  rekreasi, santai  dan sukan  atas  asas  kesetaraan dengan  orang  upaya  tetapi tertakluk kepada  kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang  kurang  upaya.

(2)  Majlis  hendaklah   mengambil  langkah  yang  sesua!-

( a)  untuk menggalakkan penyertaan, ke tahap setinggi mungkin, orang  kurang   upaya  dalam  aktiviti   sukan  utama  pada semua  peringkat;

(b)   untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai peluang untuk menganjurkan, membangunkan dan menyertai aktiviti  sukan  dan  rekreasi   khusus  untuk  orang  kurang upaya  dan,  bagi  tujuan  ini,  menggalakkan pengadaan, atas  asas  kesetaraan   dengan  orang   upaya,  tunjuk  ajar, latihan  dan  sumber  yang  sesuai;

(c)   untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses  ke  tempat  sukan,  rekreasi  dan  pelancongan;

(d) untuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya mempunyai  akses setara  dengan  kanak-kanak upaya lain kepada   penyertaan  dalam   aktiviti   permainan,  rekreasi dan santai serta sukan, termasuk aktiviti dalam sistern persekolahan;  dan

(e)  untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses kepada  perkhidmatan  daripada  mereka yang terlibat dalam  penganjuran aktiviti  rekreasi, santai,  sukan dan pelancongan.

28           Undang-Undang Malaysia                  AKTA 685

Bab  2

Habilitasi  dan  rehabilitasi

Habilitasi dan  rehabilitasi

33.  (I)  Majlis, penyedia   perkhidmatan  jagaan  kesihatan  swasta dan  pertubuhan  bukan  kerajaan   hendaklah  mengambil  langkah yang berkesan  dan sesuai  untuk membolehkan orang kurang  upaya mencapai  dan mengekalkan keupayaan berdikari yang maksimum, keupayaan fizikal,  mental, sosial   dan   vokasional  sepenuhnya serta  penglibatan dan  penyertaan sepenuhnya dalam  semua  aspek kehidupan.

(2)  Bagi maksud subseksyen (1), Majlis,  penyedia  perkhidmatan jagaan kesihatan swasta  dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah menganjurkan, mengukuhkan dan  memperluas perkhidmatan dan program habilitasi dan rehabilitasi yang komprehensif, terutamanya dalam  bidang  kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan sosial  mengikut sedemikian cara  yang perkhidmatan dan program ini bermula pada peringkat seawal  mungkin dan berdasarkan penilaian pelbagai bidang mengenai keperluan dan kekuatan individu.

(3)  Majlis, penyedia  perkhidmatan jagaan  kesihatan swasta  dan pertubuhan bukan  kerajaan hendaklah menggalakkan pengadaan, pengetahuan dan penggunaan a!at bantu dan teknologi yang direka bagi orang kurang upaya sebagaimana yang ia berhubungan dengan habilitasi dan  rehabilitasi.

(4) Majlis, sektor swasta dan  pertubuhan bukan  kerajaan hendaklah mengambil langkah  yang  sesuai  untuk  menggalakkan dan mengukuhkan program  rehabilitasi berasaskan komuniti  untuk menyediakan intervensi awal,  rehabilitasi dan  latihan  bagi  orang kurang  upaya  dalam  komuniti  mereka  sendiri  melalui  penyertaan aktif  komuniti.


Perkhidmatan di  rumah, kediaman dan  sokongan  komuniti lain

34.  Majlis, sektor swasta dan pertubuhan  bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah  yang sesuai  untuk  menggalakkan penyediaan rangkaian perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti lain untuk mengelakkan pengasingan atau pemisahan orang kurang upaya  daripada komuniti.

Orang  Kurang Upaya     29

Bab  3

Kesihatan

Akses  kepada  kesihatan

35. (1) Orang kurang upaya hendaklah  mempunyai hak untuk menikmati  kesihatan atas  asas  kesetaraan dengan  orang  upaya.

(2)  Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah  yang  sesuai  untuk memastikan orang  kurang upaya  mendapat akses  kepada  perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan, yang  peka  gender.


Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya

36.  (1)  Kerajaan  dan  penyedia   perkhidmatan  jagaan   kesihatan swasta   hendaklah  menyediakan  perkhidmatan  kesihatan  yang perlu  kepada  orang  kurang  upaya  yang  hendaklah  termasuk  yang berikut:

(a)   pencegahan daripada berlakunyaketidakupayaan selanjutnya, imunisasi, pemakanan, perlindungan dan pemeliharaan alam  sekitar  dan  kaunseling genetik; dan

(b)   pengesanan  awal  ketidakupayaan  dan  intervensi  yang tepat   pada  masanya  untuk   mencegah  ketidakupayaan dan  rawatan  bagi  rehabilitasi.

(2) Dalam  mengambil langkah  untuk  mencegah berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, Kerajaan   hendaklah-

(a)  menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan  tinjauan, penyiasatan dan penyelidikan berhubung dengan  sebab berlakunya ketidakupayaan;  dan

(b)  menaja atau menyebabkan supaya ditaja kempen kesedaran dan menyebarkan atau menyebabkan supaya disebarkan maklumat  mengenai penyebab ketidakupayaan dan langkah pencegahan  untuk diterima pakai dan mengenai kebersihan, kesihatan dan  sanitasi  umum.

Pengadaan  personel  kesihatan

37.  (1)  Mana-mana sektor  swasta dan pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan jagaan  institusi bagi orang kurang  upaya hendaklah  mengambil  khidmat   jurupulih  pertuturan,  jurupulih

30                               Undang-Undang Malaysia                AKTA  685

anggota dan jurupulih  kerja, atau mana-mana personel kesihatan sebagaimana yang disifatkan  perlu oleh Menteri  setelah  mengambil kira kehendak dan keupayaan institusi swasta itu,  kekerapan perkhidmatan dan  apa-apa  faktor  lain  yang  berkaitan.

(2)  Bagi  maksud  subseksyen (!), institusi swasta-

(a)   yang   berdaftar  di   bawah   Akta   Pusat  Jagaan  1993 [Akta 506], hendaklah dalam  masa  enam  bulan  dari permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis  bilangan  personel  itu   dalam  penggajiannya; atau

(h)   yang  memohon   untuk  didaftarkan di  bawah  Akta  Pusat Jagaan  1993   hendaklah  pada  dan  selepas  permulaan kuat   kuasa   Akta   ini  mengemukakan kepada Majlis, sebelum  memulakan operasi, bilangan  personel itu dalam penggaJiannya.

(3)  Walau apa pun subseksyen  (1), Menteri  boleh mengecualikan mana-mana sektor swasta atau pertubuhan bukan kerajaan  yang menyediakan  jagaan institusi bagi orang kurang upaya, sebagaimana yang disifatkannya patut  dan  perlu,  daripada mengambil khidmat personel kesihatan dalam institusi dan sebaliknya boleh membenarkan lawatan   berkala  personel  kesihatan itu  ke institusi   swasta  itu.



Bab 4

Perlindungan  orang  dengan  ketidakupayaan teruk

Perlindungan sepanjang hayat  dan  sistem  sokongan sosial

38.  (1)  Kerajaan  hendaklah menyediakan perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial  yang perlu termasuk  memastikan bahawa  kebajikan  orang  dengan  ketidakupayaan  teruk   tetap tidak  terjejas   selepas   kematian   ibu  atau  bapanya   atau  pemberi jagaannya bagi membolehkan orang  dengan  ketidakupayaan teruk itu  menjalani kehidupan yang  lebih  berkualiti.

(2)  Mana-mana pertubuhan  bukan kerajaan  yang berhasrat  untuk menyediakan atau sedang  menyediakan jagaan  institusi bagi orang dengan   ketidakupayaan  teruk   atau  pemberi   jagaan   bagi  orang dengan   ketidakupayaan  teruk  boleh  membuat   permohonan  bagi insentif  untuk menyediakan jagaan  sedemikian kepada  Majlis mengikut  apa-apa   bentuk  dan  cara  yang  ditetapkan.

Orang  Kurang Upaya     31

(3) Majlis boleh, jika ia berpuas hati bahawa  permohonan pertubuhan  bukan   kerajaan  atau   pemberi   jagaan   yang  disebut dalam  subseksyen  (2)  patut  dipertimbangkan,  memberikan apa­ apa  insentif  yang  disifatkannya sesuai  dengan  kelulusan Menteri yang  bertanggungjawab bagi  kewangan.



Pengertian "orang  dengan  ketidakupayaan teruk"

39.   Bagi  maksud  Bab  ini,  "orang  dengan  ketidakupayaan teruk" ertinya  seseorang yang  mengalami  satu atau lebih  ketidakupayaan yang  bergantung pada  orang  lain  bagi  aktiviti   kehidupan   harian yang  asas.



Bab 5

Keadaan  berisiko  dan  kecemasan  kemanusiaan

Akses  kepada  bantuan

40. (l) Orang  kurang  upaya  hendaklah mempunyai hak untuk mendapat  bantuan  atas  asas  kesetaraan  dan  pengiktirafan dengan orang  upaya dalam  keadaan  berisiko  dan kecemasan kemanusiaan, termasuk  konflik   bersenjata dan  kejadian  bencana  alam.

(2)  Kerajaan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan orang  kurang  upaya  mempunyai hak untuk  mendapat bantuan   dalam   keadaan   berisiko  dan  kecemasan  kemanusiaan melalui  mekanisma perundangan dan  juga  pentadbiran.



BAHAG!AN V

AM

Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

41.   Tiada   tindakan,  guaman,  pendakwaan atau   prosiding  lain boleh  diambil  atau  dibawa,  dimulakan  atau   dikekalkan  dalam mana-mana mahkamah terhadap-

( a)  Kerajaan;









32                             Undang-Undang Malaysia                AKTA  685

(b)  Menteri;

(c)  Majlis;

(d) mana-mana anggota Majlis atau mana-mana anggota jawatankuasa;  atau

(e)  mana-mana  orang  lain  yang bertindak  dengan  sah bagi pihak  Majlis,

berkenaan  dengan  apa-apa  perbuatan,  keabaian  atau  keingkaran yang  dibuat  atau  dilakukan  olehnya  dengan  suci  hati  atau  apa­ apa peninggalan  yang ditinggalkan  olehnya  dengan suci hati atas sifat  yang sedemikian.


Akta Perlindungan  Pihak Berkuasa  Awam 1948

42.  Akta Perlindungan  Pihak  Berkuasa  Awam 1948  [Akta  198] hendaklah  terpakai  bagi apa-apa  tindakan,  guaman,  pendakwaan atau prosiding terhadap Kerajaan, Majlis atau terhadap mana-mana anggota Majlis, mana-mana anggotajawatankuasa, atau ejen Majlis berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dilakukan atau yang ditinggalkan olehnya atas sifat yang sedemikian.


Kuasa untuk  membuat  peraturan-peraturan

43.  ( l) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang didapatinya perlu dan suai  manfaat  untuk menjalankan  peruntukan  Akta ini.

(2) Tanpa  menjejaskan  keluasan  kuasa  yang diberikan  oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau  mana-mana  maksud yang berikut:

(a)   untuk mengawal selia pengurusan institusi yang ditubuhkan bagi orang kurang  upaya;

(b)   untuk mengawal selia pengurusan institusi yang ditubuhkan bagi orang  dengan  ketidakupayaan  teruk;

(c)   untuk memproses dan mengawal selia pendaftaran orang kurang  upaya  dan  apa-apa  perkara  yang  berhubungan atau  bersampingan  dengannya;

(d)   untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau  dibenarkan   untuk  ditetapkan   di  bawah  Akta  ini; dan

Orang  Kurang Upaya     33

(e)   untuk  rnengadakan peruntukan  bagi apa-apa  perkara  lain yang  disifatkan  suai  manfaat   atau  perlu  oleh  Menteri bagi  rnaksud  Akta  ini.



Perkara  yang  dilakukan dalarn menjangkakan Akta ini diperbuat

44.  Segala   perbuatan  dan  perkara   yang  dilakukan  bagi  pihak Kerajaan atau Majlis sebagai persediaan bagi atau pada rnenjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa  perbelanjaan yang dilakukan berhubung   dengannya  hendaklah   disifatkan  telah  dibenarkan  di bawah  Akta  ini,  dengan   syarat   bahawa   perbuatan  dan  perkara yang  dilakukan  itu  selaras   dengan   niat  dan  rnaksud   am  Akta ini;  dan  segala  hak  dan  obligasi  yang  diperoleh atau  ditanggung akibat  pelakuan perbuatan atau perkara  itu terrnasuk apa-apa perbelanjaan yang  dilakukan   berhubungan dengannya  hendaklah pada  perrnulaan  kuat  kuasa  Akta  ini  disifatkan sebagai  hak  dan obligasi  Kerajaan  atau  Majlis.



Kecualian  dan peralihan

45.  (1)  Mana-mana orang  yang  sebaik  sebelurn  perrnulaan  kuat kuasa  Akta  ini  didaftarkan  sebagai  orang  kurang   upaya  dengan Jabatan   Kebajikan   Masyarakat hendaklah, pada  permulaan   kuat kuasa   Akta   ini  disifatkan  sebagai  orang   kurang  upaya   yang berdaftar  di bawah  Akta  ini.

(2)  Mana-mana orang  kurang  upaya yang kepadanya suatu  kad pengenalan telah  dikeluarkan oleh Jabatan  Kebajikan  Masyarakat sebaik sebelurn perrnulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dikeluarkan kepadanya  suatu  Kad  OKU  di  bawah  Akta  ini.

(3)  Semua  daftar  yang berhubungan dengan  pendaftaran orang kurang  upaya yang disimpan  dan disenggarakan oleh Jabatan Kebajikan  Masyarakat sebaik  sebelum  perrnulaan  kuat kuasa Akta ini  hendaklah, pada  perrnulaan   kuat  kuasa  Akta  ini,  disifatkan sebagai  daftar  yang  disimpan  dan  disenggarakan di  bawah  Akta ini dan  hendaklah disifatkan rnenjadi  sebahagian daripada  Daftar Orang  Kurang  Upaya.









34                               Undang-Undang Malaysia                  AKTA 685

Pencegahan anomali

46.  (I)  Menteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa pengubahsuaian dalam  peruntulean Aleta ini sebagaimana yang didapatinya perlu  atau  suai  manfaat  bagi  malesud menghapuslean apa-apa leesulitan yang disebablean oleh permulaan leuat leuasa Aleta ini  hanya  berleenaan  dengan  pelalesanaan  fungsi   dan  penjalanan leuasa oleh  Majlis.

(2)  Menteri  tidale boleh  menjalanlean leuasa yang diberilean oleh selesyen ini selepas  habis  tempoh  dua tahun dari tarileh permulaan lcuat leuasa Aleta ini.

(3) Dalam  selesyen ini, "pengubahsuaian" ertinya pindaan, tambahan, pemotongan dan penggantian mana-mana peruntulean Aleta ini.

No comments:

Post a Comment