Saturday, January 2, 2021

APA BEZA MAD JAIZ MUNFASIL & MAD WAJIB MUTTASIL

 



Assalamualaikum


Mad Jaiz Munfasil ialah huruf mad (huruf alif, wau atau ya’) yang bertemu dengan huruf hamzah dalam DUA KALIMAH.


Sementara Mad Wajib Muttasil pula ialah huruf mad (huruf alif, wau atau ya’)  yang bertemu dengan huruf hamzah dalam SATU KALIMAH.


Mengapa dipanggil “Mad JAIZ Munfasil”, bukannya “Mad WAJIB Munfasil”? Atau mengapa dipanggil “Mad WAJIB Muttasil” dan bukannya “Mad JAIZ Muttasil”?


Dalam ilmu Qiraat, takrif “Mad” ialah harakat yang panjang iaitu bacaan yang melebihi daripada 2 harakat. Malah, kadangkala harakat “Mad” itu dikhususkan hanya pada bacaan 6 harakat sahaja.


Hukum bacaan “MAD JAIZ MUNFASIL” mengikut Imam Qiraat 10 (Tariq al-Syatibi dan al-Durrah):


- 2 harakat : Imam Ibn Kathir, Imam al-Susi, Imam Abu Ja’far dan Imam Ya’qub.

- 2 dan 4 harakat : Imam Qalun dan Imam al-Duri 'an Abu Amr

- 4 harakat : Selain daripada yang membaca 2 dan 6 harakat

- 6 harakat : Imam Warsy dan Imam Hamzah


Hukum bacaan “MAD WAJIB MUTTASIL” mengikut Imam Qiraat 10 (Tariq al-Syatibi dan al-Durrah):


- 4 harakat : Selain daripada Imam Warsy dan Imam Hamzah

- 6 harakat : Imam Warsy dan Imam Hamzah


Kesimpulan daripada hukum bacaan di atas, “MAD JAIZ MUNFASIL” dinamakan “JAIZ” atau “HARUS” kerana dalam keadaan bacaan tersebut, HARUS dibaca dengan “MAD” atau harakat panjang yang melebihi 2 harakat (iaitu 4 atau 6 harakat).


Mengapa HARUS? Jawapannya kerana masih ada Imam-Imam Qiraat yang membaca dengan 2 harakat dalam keadaan ini.


Tetapi, dinamakan “MAD WAJIB MUTTASIL” kerana dalam keadaan bacaan tersebut TIDAK ADA SEORANG IMAM QIRAAT PUN yang membaca dengan 2 harakat. Semuanya membaca dengan lebih daripada 2 harakat iaitu 4 atau 6 harakat.


SUMBER

No comments:

Post a Comment