Sunday, August 5, 2012

PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA ANAK YATIM OKU DLL - PROJEK KURSUS KOMPUTER WARGA KURANG MAMPU



- VIDEO MAJLIS ADA DI SINI KLIK





AKU peniaga Warga OKU

Sebagai usaha untuk memastikan perniagaan yang diusahakan, dapat terus turut serta dalam perkembangan ekonomi negara akibat dari saingan yang kuat dengan peniaga-peniaga sihat, maka saya merangka beberapa pendekatan yang harus di ambil bagi membolehkan saya dapat terus berniaga dan berusaha.

Dengan kemampuan dan kudrat yang terbatas ini, saya yang lebih tahu keadaan saya, telah merangka Kelas-kelas komputer dengan pelbagai pilihan aplikasi dan program untuk di pelajari dan dimanfaatkan oleh peserta-peserta yang mengikuti kursus ini nanti. Namun ianya kurang mendapat sambutan bagi kursus berbayar.

Untuk memastikan saya dapat terus berusaha melalui perniagaan ini, saya telah merangka satu projek yang saya namakan PROJEK KURSUS KOMPUTER WARGA KURANG MAMPU. Saya mencari anak-anak OKU, anak-anak yang bapa atau penjaganya OKU, anak-anak YATIM dan anak-anak Warga Kurang Berkemampuan untuk saya didik mereka dengan ilmu komputer dan IT.

Lantaran itu, saya mencari dermawan untuk menjadi penaja kepada anak-anak ini. Tujuannya supaya dengan dana tajaan tersebut dapat saya gunakan untuk pembayaran sewa kedai dan bil serta gaji kakitangan. Sedikit lebihannya saya ambil buat menampung perbelanjaan keluarga bagi mencukupkan duit bantuan BAITULMAL dan JKM yang saya terima setiap bulan.

Dalam Al Quran surah Al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud sebagaimana berikut:
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."

Alhamdulillah, dengan kaedah tersebut, saya dapat mempertahankan usaha perniagaan saya sehingga ke hari ini. Saya dapat bekerja dengan mengajar anak-anak ini. Dan saya tidak meminta begitu sahaja kepada pelbagai pihak, melainkan saya sandarkan dana yang saya terima itu dengan kerja mengajar komputer ini.



Salahkah meminta tajaan ?

Bukankah banyak aktiviti atau program lain juga berjalan atas prinsip TAJAAN.  Jika mereka satu institusi besar boleh mendapatkan tajaan, apakah OKU yang ingin mengajar komputer tidak boleh meminta tajaan ?


Ini salah 1 contoh dan banyak lagi.

Kenapa Perlu Minta Penajaan ?

Seperti yang sedia maklum, saingan yang kuat menyebabkan peniaga-peniaga yang sihatpun ada yang gulung tikar.  Apatah lagilah peniaga OKU, yang sudah pasti tidak akan mampu bersaing.

Kan ada OKU lain yang boleh berjaya ?

Kalau disebut manusia NORMAL,  kemampuan mereka semua hampir sama.  Tetapi bila sebut OKU,  panggilan serupa... OKU,  kemampuan tetap berbeza.  Ada OKU yang tiada kaki, namun mereka masih boleh bergerak dengan sendiri.  Tetapi ada OKU, dia ada kaki, tetapi tidak boleh berjalan... malah hampir seluruh pergerakannya memerlukan bantuan orang lain.

Mana boleh samakan OKU dengan OKU.  Ke-OKU-an mereka mesti di nilai dari sudut yang berbeza.

Cuba letak OKU Penglihatan (Buta) untuk berbual dengan OKU Pendengaran (Pekak)... Apakah yang akan terjadi ?

Lagipun janganlah kerana seorang dua OKU yang berjaya, OKU yang tidak berjaya ini boleh di kutuk dan dihina sebagai orang yang MALAS berusaha !

Fikirkan sejauh mana ke-OKUan mereka telah di santuni dan di persiapkan dengan segala keperluan.

Apakah OKU itu malas atau segala prasarana dan keperluan OKU itu telah telah tidak di sempurnakan dengan sempurna.



Sampai bila nak cari PENAJA ?

Selagi saya hidup...

Selagi kerajaan yang memerintah tak kira dari parti manapun tidak menunaikan hak-hak OKU untuk meneruskan kehidupan.


Selagi janji yang telah di ratifikasikan di dalam AktaOKU 2008 dimana peruntukan peluang kerja 1peratus kepada golongan OKU yang masih belum tertunai.  Jika tidak Warga OKU di tempatkan dimana-mana tempat mereka boleh bekerja, kerajaan boleh memikirkan untuk memberikan peluang kepada Warga Peniaga OKU mendapat peluang kerja dan tender dari kerajaan melalui keistimewaan yang sepatutnya diberikan.  Pasti ianya boleh difikirkan jika isu ini di tangani dengan serius.


Semasa berkhidmat dengan kerajaan tidak pula kakitangan kerajaan di sedarkan tentang caruman socso.  Dan sebagai kakitangan kerajaan tentunya merasa cukup selesa kerana yang akan membela kakitangan kerajaan adalah sebuah kerajaan yg kuat malah mengambil berat asas-asas negara berkebajikan.  Dan tiada siapa pula yang mengjangka atau ingin meminta perkara sakit seumpama ini datang kepada seseorang termasuk saya. Ianya kurnia Allah atas sebab-sebab tertentu, dan saya terimanya dengan redha.


Namun atas hak dan tanggungjawab pemerintah menjaga rakyatnya, mesti lah di laksanakan.  Tidak bolehlah pihak kerajaan atau yang sewaktu dengannya mengatakan "dah takdir Allah, bersabarlah" .  Bersabar atas takdir Allah, itu sifat yang perlu ada dan saya perlu laluinya, namun di pihak kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk membantu golongan seumpama ini untuk terus hidup sesempurna mungkin. Itu tanggungjawab penguasa.





Dalam keratan di atas, perkeso boleh memikirkan untuk melakukkan sesuatu maka adakah kerajaan yang lebih tinggi darinya tidak boleh memikirkan sesuatu yang terbaik untuk persara yang di bersarakan atas sebab-sebab kesihatan (medicalboard) ?

Beramallah dengan menjadi penaja kepada program ini

Oleh itu, apapun dan bagaimanapun, saya menyeru kepada pihak yang ada rezeki lebih, bolehlah menjadi penaja bagi saya menjalankan projek ini dan meneruskan perniagaan saya.  Pasti ada ganjarannya di sisi Allah ;


Hanya Allah yang dapat membalasinya.  Amiinn

OMAR BIN ABDUL AZIZ

Gambar2 Majlis Penyampaian Sijil

PERSIAPAN DAN SEBELUM MAJLIS BERMULA

KLIK untuk besarkan gambar




Sunday, July 8, 2012