Sunday, August 5, 2012

Kenapa Perlu Minta Penajaan ?

Seperti yang sedia maklum, saingan yang kuat menyebabkan peniaga-peniaga yang sihatpun ada yang gulung tikar.  Apatah lagilah peniaga OKU, yang sudah pasti tidak akan mampu bersaing.

Kan ada OKU lain yang boleh berjaya ?

Kalau disebut manusia NORMAL,  kemampuan mereka semua hampir sama.  Tetapi bila sebut OKU,  panggilan serupa... OKU,  kemampuan tetap berbeza.  Ada OKU yang tiada kaki, namun mereka masih boleh bergerak dengan sendiri.  Tetapi ada OKU, dia ada kaki, tetapi tidak boleh berjalan... malah hampir seluruh pergerakannya memerlukan bantuan orang lain.

Mana boleh samakan OKU dengan OKU.  Ke-OKU-an mereka mesti di nilai dari sudut yang berbeza.

Cuba letak OKU Penglihatan (Buta) untuk berbual dengan OKU Pendengaran (Pekak)... Apakah yang akan terjadi ?

Lagipun janganlah kerana seorang dua OKU yang berjaya, OKU yang tidak berjaya ini boleh di kutuk dan dihina sebagai orang yang MALAS berusaha !

Fikirkan sejauh mana ke-OKUan mereka telah di santuni dan di persiapkan dengan segala keperluan.

Apakah OKU itu malas atau segala prasarana dan keperluan OKU itu telah telah tidak di sempurnakan dengan sempurna.



No comments:

Post a Comment