Sunday, August 5, 2012

Sampai bila nak cari PENAJA ?

Selagi saya hidup...

Selagi kerajaan yang memerintah tak kira dari parti manapun tidak menunaikan hak-hak OKU untuk meneruskan kehidupan.


Selagi janji yang telah di ratifikasikan di dalam AktaOKU 2008 dimana peruntukan peluang kerja 1peratus kepada golongan OKU yang masih belum tertunai.  Jika tidak Warga OKU di tempatkan dimana-mana tempat mereka boleh bekerja, kerajaan boleh memikirkan untuk memberikan peluang kepada Warga Peniaga OKU mendapat peluang kerja dan tender dari kerajaan melalui keistimewaan yang sepatutnya diberikan.  Pasti ianya boleh difikirkan jika isu ini di tangani dengan serius.


Semasa berkhidmat dengan kerajaan tidak pula kakitangan kerajaan di sedarkan tentang caruman socso.  Dan sebagai kakitangan kerajaan tentunya merasa cukup selesa kerana yang akan membela kakitangan kerajaan adalah sebuah kerajaan yg kuat malah mengambil berat asas-asas negara berkebajikan.  Dan tiada siapa pula yang mengjangka atau ingin meminta perkara sakit seumpama ini datang kepada seseorang termasuk saya. Ianya kurnia Allah atas sebab-sebab tertentu, dan saya terimanya dengan redha.


Namun atas hak dan tanggungjawab pemerintah menjaga rakyatnya, mesti lah di laksanakan.  Tidak bolehlah pihak kerajaan atau yang sewaktu dengannya mengatakan "dah takdir Allah, bersabarlah" .  Bersabar atas takdir Allah, itu sifat yang perlu ada dan saya perlu laluinya, namun di pihak kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk membantu golongan seumpama ini untuk terus hidup sesempurna mungkin. Itu tanggungjawab penguasa.





Dalam keratan di atas, perkeso boleh memikirkan untuk melakukkan sesuatu maka adakah kerajaan yang lebih tinggi darinya tidak boleh memikirkan sesuatu yang terbaik untuk persara yang di bersarakan atas sebab-sebab kesihatan (medicalboard) ?

No comments:

Post a Comment