Sunday, August 5, 2012

AKU peniaga Warga OKU

Sebagai usaha untuk memastikan perniagaan yang diusahakan, dapat terus turut serta dalam perkembangan ekonomi negara akibat dari saingan yang kuat dengan peniaga-peniaga sihat, maka saya merangka beberapa pendekatan yang harus di ambil bagi membolehkan saya dapat terus berniaga dan berusaha.

Dengan kemampuan dan kudrat yang terbatas ini, saya yang lebih tahu keadaan saya, telah merangka Kelas-kelas komputer dengan pelbagai pilihan aplikasi dan program untuk di pelajari dan dimanfaatkan oleh peserta-peserta yang mengikuti kursus ini nanti. Namun ianya kurang mendapat sambutan bagi kursus berbayar.

Untuk memastikan saya dapat terus berusaha melalui perniagaan ini, saya telah merangka satu projek yang saya namakan PROJEK KURSUS KOMPUTER WARGA KURANG MAMPU. Saya mencari anak-anak OKU, anak-anak yang bapa atau penjaganya OKU, anak-anak YATIM dan anak-anak Warga Kurang Berkemampuan untuk saya didik mereka dengan ilmu komputer dan IT.

Lantaran itu, saya mencari dermawan untuk menjadi penaja kepada anak-anak ini. Tujuannya supaya dengan dana tajaan tersebut dapat saya gunakan untuk pembayaran sewa kedai dan bil serta gaji kakitangan. Sedikit lebihannya saya ambil buat menampung perbelanjaan keluarga bagi mencukupkan duit bantuan BAITULMAL dan JKM yang saya terima setiap bulan.

Dalam Al Quran surah Al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud sebagaimana berikut:
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."

Alhamdulillah, dengan kaedah tersebut, saya dapat mempertahankan usaha perniagaan saya sehingga ke hari ini. Saya dapat bekerja dengan mengajar anak-anak ini. Dan saya tidak meminta begitu sahaja kepada pelbagai pihak, melainkan saya sandarkan dana yang saya terima itu dengan kerja mengajar komputer ini.



No comments:

Post a Comment