(sila dengar suara kanak-kanak menangis dan dengarlah apakah perkataan yang disebutnya - dalam video dibawah)
Kejadian ini berlaku ketika saya menyertai Skuad KCS Prihatin ke Kampung Kuala Sungai Gua Musang. Tangisan kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun itu benar-benar meruntun jiwa kami. Malah ketika video ini dirakamkan, jiwa kami terasa sebak, ketat dada dan tanpa disedari kelopak mata digenangi titisan air jernih.
Video ini dirakamkan ketika skuad dalam perjalanan ke rumah penduduk utk menyampaikan bantuan. Sebaik bantuan diberikan, si ibu yang terharu akan kehadiran kami menangis semahu-mahunya. Masakan tidak, baru sahaja tidak sampai seminit anak dimarahi kerana asyik menangis meminta nasi, bantuan pun tiba.. si ayah yang dari tadi tidak mampu memujuk anak pula terus memeluk erat sukarelawan yang datang.
Di tangan kanak-kanak itu dilihat memegang wang RM1. Apabila ditanya si ibu mengapakah anak itu memegang wang sambil menangis? Jawab si ibu, anak itu bertindak memecahkan tabung dan memaksa ibunya pergi membeli beras dengan duit yang disimpan dalam tabungnya. Mungkin sangkaannya si ibu tidak membeli beras kerana tiada wang. Sedih bukan?"
Oleh itu, saya menyeru kepada semua, marilah kita sama-sama sepakat turun membantu rakan-rakan kita di sana. Bantulah dengan apa jua cara yang anda mampu. Tinggalkan ego, tinggalkan pangkat dan kedudukan, tinggalkan fahaman politik, tinggalkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri. Kini bukan lagi masanya untuk kita hanya duduk bercakap pandai dengan teori dan hujah yang kononnya datang dari cerdik pandai tapi Kini masanya untuk kita bersatu membantu rakan yang ditimpa kesusahan.
Andainya anda tidak mampu turun menolong mungkin kerana tidak berupaya menanggalkan ego, tidak mampu menanggalkan pangkat dan kedudukan, tidak mampu menanggalkan fahaman politik yang sempit, cukuplah sekadar tidak mencerca dan menghina mereka yang turun membantu dan duduklah diam-diam jangan berkata apa-apa.
Ini kerana di saat orang berlumba-lumpa membuat kebaikan dan membantu rakan di sana, ada juga kita lihat insan-insan yang berhati batu bertindak memberikan komen yang bukan-bukan kepada parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan, syarikat swasta, badan korporat, agensi kerajaan dan individu tertentu yang turun membantu dengan menuduh mereka melakukan semua itu kerana inginkan publisiti.
Sedarlah, dalam pada anda memikir panjang untuk bertindak, ada insan di sana yang semakin hari semakan lapar, semakin hari semakin sakit.. AYUH.. bantulah mereka.
sumber - diceritakan oleh Ahmad Fayadh Sukarelawan Skuad KCS Prihatin
No comments:
Post a Comment