AKU peniaga Warga OKU. Sebagai usaha untuk memastikan perniagaan yang diusahakan, dapat terus turut serta dalam perkembangan ekonomi negara akibat dari saingan yang kuat dengan peniaga-peniaga sihat, maka saya merangka beberapa pendekatan yang harus di ambil bagi membolehkan saya dapat terus berniaga dan berusaha selagi terdaya.
Dengan kemampuan dan kudrat yang terbatas ini, saya telah merangka Kelas-kelas komputer dengan pelbagai pilihan aplikasi dan program untuk di pelajari dan dimanfaatkan oleh peserta-peserta yang mengikuti kursus ini nanti. Namun, kursus berbayar atau beryuran kurang mendapat sambutan.
Untuk memastikan saya dapat terus berusaha melalui perniagaan ini, saya telah merangka satu projek yang saya namakan PROJEK KURSUS KOMPUTER WARGA KURANG MAMPU. Saya mencari anak-anak OKU, anak-anak yang bapa atau penjaganya OKU, anak-anak YATIM dan anak-anak Warga Kurang Berkemampuan untuk saya didik mereka dengan ilmu komputer dan IT sekadar pengalaman yang Allah anugerahi pada saya.
Lantaran itu, saya mencari dermawan untuk menjadi penaja kepada anak-anak ini. Tujuannya supaya dengan dana tajaan tersebut dapat saya gunakan untuk pembayaran sewa kedai dan bil serta gaji. Sedikit lebihannya saya ambil buat menampung perbelanjaan keluarga bagi mencukupkan duit bantuan BAITULMAL dan JKM yang saya terima setiap bulan.
Dalam Al Quran surah Al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud sebagaimana berikut:
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."
Alhamdulillah, dengan kaedah tersebut, saya dapat berusaha mempertahan kan perniagaan sehingga ke hari ini. Saya dapat bekerja dengan mengajar anak-anak ini. Dan saya tidak meminta begitu sahaja kepada pelbagai pihak, melainkan saya sandarkan dana yang saya terima itu dengan kerja mengajar komputer ini.
Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Abu Darda’ bahawasanya ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ;
“Carilah (keredhaan)ku melalui orang-orang yang lemah di antara kalian. Kerana sesungguhnya kalian diberi rezeki dan ditolong dengan sebab orang-orang yang lemah di antara kalian”
Salahkah meminta tajaan? Bukankah banyak aktiviti atau program lain juga berjalan atas prinsip TAJAAN. Jika mereka satu institusi besar boleh mendapatkan dana tajaan, apakah OKU yang ingin berusaha dengan mengajar komputer tidak boleh meminta tajaan? Dan dipandang hina? Banayk Kolej-kolej besar menggunakan nama Wang PTPTN untuk memastikan perniagaan kolej mereka mampu di sertai oleh pelajar. Sekarang telah ada pula usaha kerjasama syarikat jualan langsung dengan Baitulmal untuk mendapatkan pinjaman untuk orang miskin dan dengan wang itu dijadikanlah modal untuk memasarkan produk mereka dan sudah tentu barangan produk mereka akan laris sampai kerumah warga-warga kurang mampu. Samada laku atau tidak, produk mereka telah laris denga duit baitulmal golongan-golongan yang layak itu.
Itu cara mereka, lakukanlah. Cumanya saya ingin pertegaskan disini, adakah mereka di pandang mulia kerana mereka berkedudukan sedang TAJAAN saya ini sering di pertikai dan ada juga yang melebelnya sebagai OKU malas...
Fikirkan dan nilahlah sendiri...
Ini salah 1 contoh dan banyak lagi. Kenapa Perlu Minta Penajaan? Seperti yang sedia maklum, saingan yang kuat menyebabkan peniaga-peniaga yang sihatpun ada yang gulung tikar. Apatah lagilah peniaga OKU, yang sudah pasti tidak akan mampu bersaing.
Kan ada OKU lain yang boleh berjaya?
Kalau disebut manusia NORMAL, kemampuan mereka semua hampir sama. Tetapi bila sebut OKU, panggilan serupa... OKU, kemampuan tetap berbeza. Ada OKU yang tiada kaki, namun mereka masih boleh bergerak dengan sendiri. Tetapi ada OKU, dia ada kaki, tetapi tidak boleh berjalan... malah hampir seluruh pergerakannya memerlukan bantuan orang lain.
Mana boleh samakan OKU dengan OKU. Ke-OKU-an mereka mesti di nilai dari sudut yang berbeza.
Cuba letak OKU Penglihatan (Buta) untuk berbual dengan OKU Pendengaran (Pekak)... Apakah yang akan terjadi ?
Lagipun janganlah kerana seorang dua OKU yang berjaya, OKU yang tidak berjaya ini boleh di kutuk dan dihina sebagai orang yang MALAS berusaha!
Fikirkan sejauh mana ke-OKUan mereka telah di santuni dan di persiapkan dengan segala keperluan.
Apakah OKU itu malas atau segala prasarana dan keperluan OKU itu telah telah tidak di sempurnakan dengan sempurna.
Sampai bila nak cari PENAJA ?
Selagi saya hidup...
Selagi kerajaan yang memerintah tak kira dari parti manapun tidak menunaikan hak-hak OKU untuk meneruskan kehidupan.
Selagi janji yang telah di ratifikasikan di dalam AktaOKU 2008 dimana
peruntukan peluang kerja 1peratus kepada golongan OKU yang masih belum tertunai. Jika tidak Warga OKU di tempatkan dimana-mana tempat mereka boleh bekerja, kerajaan boleh memikirkan untuk memberikan peluang kepada Warga Peniaga OKU mendapat peluang kerja dan
tender dari kerajaan melalui keistimewaan yang sepatutnya diberikan. Pasti ianya boleh difikirkan jika isu ini di tangani dengan serius.
Semasa berkhidmat dengan kerajaan tidak pula kakitangan kerajaan di sedarkan tentang caruman socso. Dan sebagai kakitangan kerajaan tentunya merasa cukup selesa kerana yang akan membela kakitangan kerajaan adalah sebuah kerajaan yang kuat malah mengambil berat asas-asas negara berkebajikan. Dan tiada siapa pula yang menjangka atau ingin meminta perkara sakit seumpama ini datang kepada seseorang termasuk saya. Ianya kurnia Allah atas sebab-sebab tertentu, dan saya terimanya dengan redha.
Namun atas hak dan tanggungjawab pemerintah menjaga rakyatnya, mesti lah di laksanakan. Tidak bolehlah pihak kerajaan atau yang sewaktu dengannya mengatakan "dah takdir Allah, bersabarlah" . Bersabar atas takdir Allah, itu sifat yang perlu ada dan saya perlu laluinya, namun di pihak kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk membantu golongan seumpama ini untuk terus hidup sesempurna mungkin. Itu tanggungjawab penguasa.
Semasa berkhidmat dengan kerajaan tidak pula kakitangan kerajaan di sedarkan tentang caruman socso. Dan sebagai kakitangan kerajaan tentunya merasa cukup selesa kerana yang akan membela kakitangan kerajaan adalah sebuah kerajaan yang kuat malah mengambil berat asas-asas negara berkebajikan. Dan tiada siapa pula yang menjangka atau ingin meminta perkara sakit seumpama ini datang kepada seseorang termasuk saya. Ianya kurnia Allah atas sebab-sebab tertentu, dan saya terimanya dengan redha.
Namun atas hak dan tanggungjawab pemerintah menjaga rakyatnya, mesti lah di laksanakan. Tidak bolehlah pihak kerajaan atau yang sewaktu dengannya mengatakan "dah takdir Allah, bersabarlah" . Bersabar atas takdir Allah, itu sifat yang perlu ada dan saya perlu laluinya, namun di pihak kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk membantu golongan seumpama ini untuk terus hidup sesempurna mungkin. Itu tanggungjawab penguasa.
Dalam keratan di atas, perkeso boleh memikirkan untuk melakukkan sesuatu maka adakah kerajaan yang lebih tinggi darinya tidak boleh memikirkan sesuatu yang terbaik untuk persara yang di bersarakan atas sebab-sebab kesihatan (medicalboard)?
Tapi tahukah anda untuk mendapat kerja kontrak kerajaan, Walaupun OKU terpaksa melalui prosedur yang sama dengan orang sempurna. Apalah salahnya sediakan sedikit perluang kerja (KONTRAK KERAJJAN) untuk golongan OKU seperti memberikan TENDER baikpulih komputer di pejabat-pejabat kerajaan.
Beramallah dengan menjadi penaja kepada program ini Oleh itu, apapun dan bagaimanapun, saya menyeru kepada pihak yang ada rezeki lebih, bolehlah menjadi penaja bagi saya menjalankan projek ini dan meneruskan perniagaan saya. Pasti ada ganjarannya di sisi Allah ;
Dari Anas R.A meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda ;
"Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).
Akaun Bank - Maybank Al-Wadiah
Nombor Akaun - 164 017 121 521
Atas nama - Omar bin Abdul Aziz
Hanya Allah yang dapat membalasinya. Amiinn
OMAR BIN ABDUL AZIZ
No comments:
Post a Comment