Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela - selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Islam telah menegaskan kepada kita bahawa suara perempuan adalah aurat yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka adalah kunci hati lelaki yang dapat membuka pintu kepada pelbagai fitnah. Atas sebab yang sama Allah melarang perempuan melembut-lembutkan suara di hadapan lelaki, sebab suara yang demikian akan mengundang reaksi tidak baik di hati-hati lelaki yang menghidap penyakit.
Thursday, August 7, 2014
Tuesday, July 22, 2014
DOA UNTUK PALESTIN
YA ALLAH YA TUHANKU
KAU BERIKANLAH PERTOLONGNGAN KEPADA UMAT ISLAM DI PALESTIN
SESUNGGUNYA MEREKA DIANIAYAI OLEH YAHUDI YANG ENGKAU LAKNATI.
YALLAH ENGKAU MUSNAHKAN YAHUDI DENGAN SEDASYAT-DASYATNYA
SEPERTI MANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL
UNTUK MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN.
AAMIIN...
(TOLONG SHARE SEMOGA DOA SAUDARA SEMUA DAPAT MENOLONG SAUDARA KITA DI PASLESTIN)
-
Monday, July 14, 2014
NUZUL AL-QURAN Dan Lailatul Qadar
Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Friday, June 27, 2014
USTAZ-USTAZ DAN PAKAR MOTIVASI ISLAM TAK STIM TERHADAP ISU OKU
Isu OKU adalah isu yang TAK STIM untuk diperbincangkan oleh sesiapa sahaja dan yang lebih malang oleh para ugamawan negara juga. Malahan ada Ustaz yang mengatakan bahawa TAHFIZ dan ANAK YATIM ada disebut didalam AL-QUR'AN sedangkan OKU tak ada...! BENARKAH BEGITU ???
Sedangkan sebaliknya pada agama lain.... apakah ISLAM itu tidak lengkap dengan mengabaikan isu OKU sehingga tidak disentuh didalam Al-Qur'an ?
Inilah tanda-tanda akhir zaman agaknya ?
Jadi bagaimanakah agaknya cara untuk menaikkan STIM PARA AGAMAWAN dan USTAZ-USTAZ terhadap ISU OKU....
TAK PERCAYA? TONTON VIDEO YANG DIPIMPIN OLEH DR. MASZLEE MALIK INI
Thursday, June 26, 2014
Friday, June 20, 2014
DOA MENJELANG RAMADHAN
السلام عليكم ورحمة الله
Ramai di antara kita amat tidak sabar menunggu kedatangan Syawal berbanding para-para Sahabat Nabi S.A.W yang begitu gembira menunggu kedatangan Ramadhan dan akan mengalirkan air mata ketika mengiringi pemergian Ramadhan.
Kenapa mereka menangisi pemergian Ramadhan? Kerana mereka tidak dapat memastikan adakah mereka akan bertemu dengan bulan Ramadhan di masa akan datang, kerana mereka tidak merasa puas dan cukup melakukan ibadah dengan berpuasa di siangnya dan menghidupkan malamnya dengan beribadah kepada Allah.
Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberi kesempatan umur untuk bertemu Ramadhan yang bakal menjelang ini dan akan dapat merebut kelebihan yang Allah hamparkan untuk kita bagi menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan yang mampu mentarbiyyahkan diri untuk berhijrah kearah yang lebih baik.
Wednesday, June 4, 2014
AZAN PUKUL SEPULUH PAGI, AZAN APA?
Seorang penduduk yang rajin ke surau dan dikatakan gila, tiba-tiba telah pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan melalui corong pembesar suara.
Wednesday, May 21, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)






