Friday, June 20, 2014

DOA MENJELANG RAMADHAN

السلام عليكم ورحمة الله

Ramai di antara kita amat tidak sabar menunggu kedatangan Syawal berbanding para-para Sahabat Nabi S.A.W yang begitu gembira menunggu kedatangan Ramadhan dan akan mengalirkan air mata ketika mengiringi pemergian Ramadhan.  

Kenapa mereka menangisi pemergian Ramadhan?  Kerana mereka tidak dapat memastikan adakah mereka akan bertemu dengan bulan Ramadhan di masa akan datang, kerana mereka tidak merasa puas dan cukup melakukan ibadah dengan berpuasa di siangnya dan menghidupkan malamnya dengan beribadah kepada Allah.

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberi kesempatan umur untuk bertemu Ramadhan yang bakal menjelang ini dan akan dapat merebut kelebihan yang Allah hamparkan untuk kita bagi menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan yang mampu mentarbiyyahkan diri untuk berhijrah kearah yang lebih baik.




Wednesday, June 4, 2014

AZAN PUKUL SEPULUH PAGI, AZAN APA?



Seorang penduduk yang rajin ke surau dan dikatakan gila, tiba-tiba telah pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan melalui corong pembesar suara.

Wednesday, May 21, 2014

KELAS AL-QUR'AN SECARA INDIVIDU



Menyediakan khidmat belajar membaca Al-Qur'an secara individu
Yuran - RM100.00
Masa dan Waktu - boleh dibincangkan mengikut kesesuaian

Betempat di ;

No 12, Blok B, PPR Laksamana, Jalan Peel, 55100 Kuala Lumpur.

Tel - 012 555 0546 (Omar)

Monday, May 12, 2014

VIDEO DISKUSI - AKU PERNAH BENCI ISLAM


RAKAMAN DISKUSI PEMANTAPAN AKIDAH

TAJUK : AKU PERNAH BENCI ISLAM

OLEH ;

MODERATOR - BRO SHAH KIRIT

PANEL-PANEL ;

AISHA AZRA JEMAL ABDULLAH
NORHAYATI BT NGAH
MUHAMMAD ATIH KADIR
DIVESH KUMAR DANIAL

BERTARIKH 10 MEI 2014
MASA 8 - 10.30 MALAM
DI MASJID AL-EHSAN, SEKSYEN 24 SHAH ALAM SELANGOR

SATU DISKUSI YANG PENUH DENGAN ILMU DAN PENDEDAHAN BARU TENTANG 'SAUDARA BARU' DAN DUNIA ISLAM

1
 

Tuesday, May 6, 2014

KISAH TAULADAN, BUNGKUSAN NASI DARI IBU

Cerita ini saya baca di google plus rakan Indonesia, yang sangat memberi kesedaran. Saya susun semula dalam bahasa Malaysia atau Melayu yang mudah di fahami.  Mari kita hayati kisah ini ;


Aku bekerja malam dan habis bekerja waktu pagi. Seperti kebiasaan, aku akan dapat melihat bermacam peristiwa didalam perjalanan pulangku. Namun di satu pagi ketika aku pulang dari pejabat dengan menaiki keretaku, disatu persimpangan ketika menunggu lampu isyarat, entah mengapa mataku terpaku melihat satu peristiwa yang sangat menarik yang selama ini tidak aku hiraukan. Seorang remaja berumur dalam lingkungan belasan tahun dengan bersungguh menyelinap dicelah-celah kesesakan kenderaan disebuah salah sebuah jalan di kota Jakarta.

Dengan membawa bungkusan yang cukup banyak, dia mengayuh basikal, mundar mandir membahagi-bahagikan bungkusan tersebut.  Dia amat peramah sekali dengan setiap orang.  Bila bertemu dengan peminta sedekah atau warga gelandangan, tukang sapu dan beberapa orang susah yang berada di sekitar tempat itu, dia akan memberikan bungkusan itu kepada mereka diiringi senyuman.

Saturday, April 26, 2014

Friday, February 7, 2014

RAHSIA SEDEKAH - MENYEMBUHKAN PENYAKIT


SETIAP penyakit ada ubatnya. Jika satu-satu penyakit tidak sembuh juga, walaupun sudah berikhtiar berubat ke mana-mana dan dengan berbagai macam ubat, maka kemungkinan ubat penyembuh belum bertemu   - hakikatnya ialah Allah belum lagi mengizinkan untuk sembuh.

Dalam mengubati penyakit secara umum ada dua cara, yakni ikhtiar dan doa. Ikhtiar dilakukan dengan berubat dengan doktor, meminum atau memakan ubatnya, lalu disempurnakan dengan doa.

Namun belum banyak yang menyedari bahawa salah satu ubat mujarab – sebut saja ‘ubat ekstra’— bagi sesuatu penyakit adalah sedekah, sebagaimana hadits: “ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah” (Hadits ini dihasankan oleh Syaikh Al-Albani di dalam Shahih al-Jami’).

Tuesday, January 21, 2014

TITIWANGSA BERSELAWAT - MALAM GEMA CINTA RASUL

Himpunan video pada program Titiwangsa Bersholawat pada 18 Jan 2014 dengan tema Malam Gema Cinta Rasul S.A.W.

Antara tetamu undangan yang hadir bagi menghidupkan majlis yang diadakan sempena maulidur rasul tersebut adalah ;

Kumpulan Nasyid Damai
Qasidah Ar-Rahimah
Puan Wan Aisyah - Penyanyi "Bahtera Medeka"
dan Ustas Shafie

Program anjuran Perkim Cawangan Dato Keramat , Ikatan Seruan Ummah dan Surau Al-Ansar Datuk Keramat telah diadakan di Perkarangan Surau Al-Ansar, Kampong Datok Keramat, Kuala Lumpur.