Friday, June 27, 2014

USTAZ-USTAZ DAN PAKAR MOTIVASI ISLAM TAK STIM TERHADAP ISU OKU


Isu OKU adalah isu yang TAK STIM untuk diperbincangkan oleh sesiapa sahaja dan yang lebih malang oleh para ugamawan negara juga.  Malahan ada Ustaz yang mengatakan bahawa TAHFIZ dan ANAK YATIM ada disebut didalam AL-QUR'AN sedangkan OKU tak ada...! BENARKAH BEGITU ???

Sedangkan sebaliknya pada agama lain.... apakah ISLAM itu tidak lengkap dengan mengabaikan isu OKU sehingga tidak disentuh didalam Al-Qur'an ?

Inilah tanda-tanda akhir zaman agaknya ?

Jadi bagaimanakah agaknya cara untuk menaikkan STIM PARA AGAMAWAN dan USTAZ-USTAZ terhadap ISU OKU....

TAK PERCAYA?  TONTON VIDEO YANG DIPIMPIN OLEH DR. MASZLEE MALIK INI

Friday, June 20, 2014

DOA MENJELANG RAMADHAN

السلام عليكم ورحمة الله

Ramai di antara kita amat tidak sabar menunggu kedatangan Syawal berbanding para-para Sahabat Nabi S.A.W yang begitu gembira menunggu kedatangan Ramadhan dan akan mengalirkan air mata ketika mengiringi pemergian Ramadhan.  

Kenapa mereka menangisi pemergian Ramadhan?  Kerana mereka tidak dapat memastikan adakah mereka akan bertemu dengan bulan Ramadhan di masa akan datang, kerana mereka tidak merasa puas dan cukup melakukan ibadah dengan berpuasa di siangnya dan menghidupkan malamnya dengan beribadah kepada Allah.

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberi kesempatan umur untuk bertemu Ramadhan yang bakal menjelang ini dan akan dapat merebut kelebihan yang Allah hamparkan untuk kita bagi menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan yang mampu mentarbiyyahkan diri untuk berhijrah kearah yang lebih baik.




Wednesday, June 4, 2014

AZAN PUKUL SEPULUH PAGI, AZAN APA?



Seorang penduduk yang rajin ke surau dan dikatakan gila, tiba-tiba telah pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan melalui corong pembesar suara.