RAYUAN SUMBANGAN DERMA & TAJAAN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dato' / Datin / Tuan / Puan,


MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN DANA TAJAAN / DERMA UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN YANG DI KENDALIKAN OLEH PENIAGA “WARGA OKU”



Saya seorang Cacat Anggota (OKU) yang berpunca dari penyakit Muscular Dystrophy, telah menyebabkan saya sangat sukar bergerak dan hampir keseluruhan pergerakan saya dibantu oleh orang lain terutamanya anak atau isteri. Pada tahun 1998 ketika penyakit ini mula aktif, saya telah di bersarakan atas sebab-sebab kesihatan (Medical Board) dari berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Ketika itu saya sedang berkhidmat di Jabatan Peguam Negara. Setelah Medical Board tersebut, saya telah di bekalkan pencen sebanyak RM120.21 sebulan, dan kini telah naik pada kadar RM191.92 sebulan yang jumlahnya tidakpun sampai RM200.00.
Selain itu, saya menampung perbelanjaan hidup dengan duit bantuan dari JKM dan Baitulmal. Dari JKM saya mendapat Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM300.00 sebulan atas bantuan selama mana saya masih boleh bekerja dalam perniagaan saya ini. Selepas itu, saya mendapat bantuan bulanan dari Baitulmal dengan jumlah yang tidak menentu dan setiap tahun perlu di temuduga semula dan buat masa ini saya menerima RM500.00 sebulan.

Sedangkan saya masih mempunyai anak yang bersekolah seramai 5 orang. Jadi untuk menampung ketidakcukupan belanja hidup tersebut, saya telah menjalankan sebuah perniagaan yang berasaskan perkhidmatan komputer. Perniagaan ini didaftarkan pada mulanya untuk membolehkan saya mengajar dalam Kursus Komputer untuk kakitangan lain di Jabatan saya bekerja berkaitan penggunaan komputer. Saya terpaksa bergerak aktif pada tahun 1998 setelah di Medicalboardkan dari perkhidmatan kerajaan dan pencen amat sedikit. (ketika itu belum lagi menerima bantuan JKM dan Baitulmal)
Peringkat awal (semasa masih boleh berjalan) perniagaan masih boleh berjalan dengan baik namun selepas tidak boleh berjalan perniagaan menjadi tidak menentu yang mana duit perniagaan kadang-kadang menjadi penampung belanja harian dan kadang-kadang duit belanja menjadi sumber membayar bil-bil tuntutan perniagaan. Untuk mendapatkan projek baikpulih komputer dari pihak kerajaan yang mana dulu projek baikpulih komputer bawah nilai RM10.000.00 masih boleh di perolehi di agensi-agensi kerajaan. Kini peluang itu telah tertutup oleh dasar yang kerajaan jalankan.

Dulu pernah membekal dan membaikpulih komputer di agensi-agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan. Pernah membekalkan komputer ke pejabat kerajaan sehingga ke Sri Iskandar Perak. Membuka kelas komputer di Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa dan Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah di Tanjung Rambutan, Perak bagi meluaskan pasaran, demi mencari pendapatan untuk mencukupkan pencen yang dibekalkan.
Tapi setelah tidak boleh berjalan sekitar tahun 2002 perniagaan saya jatuh merudum. Kini saya mempunyai seorang perkerja yang kadang-kadang tiada bergaji (kerana beliau anak saya) yang juga seorang OKU setelah terlibat didalam 1 kemalangan. Kini anak itulah menjadi penggerak perniagaan yang mana beliau mempelopori 90 peratus kerja-kerja perniagaan setelah saya pemiliknya, tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Kini menjalankan perniagaan di B-00-12K, PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Premis yang disewa dari pihak DBKL.
Saya menjalankan perniagaan berkaitan komputer dan teknologi maklumat seperti berikut ;

1. Penjualan komputer peribadi, notebook dan perkakasan
2. Membaikpulih komputer peribadi, notebook, dan perkakasan.
3. Pemasangan networking
4. Mengadakan kelas komputer
5. Cybercafe dan perkhidmatan mencetak (print)
    serta perkhidmatan menaip
6. Video editing
7. Menyelenggara blog-blog dan Web
-.  dan lain-lain berkaitan multimedia.
Berbagai pelan dan perancangan telah saya usahakan namun hakikat yang nyata ianya berubah-ubah mengikut kemampuan yang semakin menurun. Namun atas dorongan, pertolongan dan bantuan pihak-pihak yang berwajib dan kawan apatah lagi keluarga, perniagaan ini masih tetap bertahan hingga kini. Kerana saingan yang terlalu kuat sekarang menyebabkan perniagaan saya hampir terkubur.
Sekarang saingan semakin kuat, dan peluang semakin mengecil kerana banyak peluang-peluang yang ada satu ketika dulu kini telah ditiadakan. Dulu ada tender baik pulih atau perbekalan komputer di bawah RM10.000.00, kini tender itu telah tiada dan perlu kepada pendaftaran kontraktor dan sudah tentu ruang kerja menjadi besar yang sudah pasti tidak mampu dilakukan kerana tiada sumber kewangan dan kerjanya terlalu besar. Manakala orang perseorangan pula telah ramai yang tahu membaiki komputer sendiri. Maka usaha untuk terus menghidupkan perniagaan ini perlu difikirkan dengan apa carapun. Saya akan tetap berusaha mempertahankan perniagaan ini sehingga ke penghujungnya selagi termampu dan ada jalan untuknya.
Oleh itu, bila penjualan dan baikpulih komputer, pasarannya menjadi semakin perlahan akibat saingan, kelas komputer (beryuran) pun tiada pelajar yang berminat menyertainya, maka saya menganjurkan Kursus Komputer untuk Warga Kurang Berkemampuan dengan mendapatkan tajaan dari para-pra penaja yang bermurah hati setelah melihat di TV bahawa sukan lumba kereta F1, konsert-konsert, drama dan sebagainya boleh di taja. Maka ketika itu pada pendapat saya pasti ada insan pemurah yang mahu menaja anak-anak orang miskin belajar komputer disamping membantu perniagaan saya yang miskin untuk terus hidup.

Kini, dengan sumber itulah denyutan nadi perniagaan ini masih Allah izinkan berdenyut. Jika nanti telah tiada insan yang mahu menajanya, pada perkiraan saya denyutan nadi ini telah terhenti dan perniagaan ini harus saya terima telah terkubur.
Kini pendapatan perniagaan berkisar dari pendapatan baik pulih komputer, amat sedikit di perolehi. Kerana saingan yang sangat kuat dengan syarikat-syarikat gergasi yang sering mengadakan promosi besar-besaran yang sudah tentu tidak mampu di lakukan oleh usahawan OKU yang mana untuk melakukan saingan dengan tawaran promosi tersebut memerlukan modal yang besar dan pasaran yang besar. Untuk merebut tender besar, sudah pasti ia di luar kemampuan peniaga OKU seperti saya. 

Perniagaan ini bergantung sepenuhnya dengan pendapatan kafe siber iaitu sewaan komputer dan sewaan alat pencetak (printer). Ianya menjadi sumber asas yang utama. Itupun ianya semakin merosot setelah pembangunan pesat di kawasan sekitar perniagaan telah menyediakan ruang- ruang kedai yang lebih besar yang mana telah banyak kafe siber lain telah di buka dan menyediakan kelengkapan yang lebih canggih dengan prasarana lengkap yang pastinya menjadi sumber tarikan yang tidak akan termampu untuk di saingi oleh usahawan OKU.
Sepatutnya pihak kerajaan perlu menyediakan peruntukan peluang khusus 'tender' yang boleh di berikan kepada peniaga OKU, untuk memberi peluang menjalankan pekerjaan kepada peniaga OKU bagi meneruskan usaha mereka berniaga. Bagi saya jika tiada peluang 'istimewa' yang disediakan bagi usahawan OKU, rancanglah bagaimana tersusunpun kertas kerja dan perancangan, belum tentu OKU itu mampu melaksanakan perancangan seperti di atas kertas kerja tersebut. Kerana bukan semua OKU sama. Ada OKU yang boleh bertongkat, ada OKU yang boleh memegang barang, ada OKU yang tidak boleh memegang apa-apa melainkan menggunakan kaki contohnya melukis dengan cantik hanya menggunakan kaki, dan bermacam bentuk kejadian OKU yang Allah ciptakan. Penciptaan ini jika ianya dihalusi mempunyai hikmah yang sangat besar dan tersirat tanggungjawab yang sangat berat kepada pihak berwajib untuk menanganinya.
Sebagai contoh, OKU yang membaiki kerusi roda saya, dia tidak mempunyai kaki. Tetapi tangannya kuat hinggakan dia boleh bekerja di kilang kerana kekuatan tangannya untuk membuka skru mesin dan membaikinya dan boleh pula digunakan kemahirannya untuk membaiki kerusi roda elektrik di waktu lapangnya. Dia dengan kekuatan tangannya boleh turun naik motor atau kerusi tanpa perlu dibantu. Tetapi ada pula sebahagian OKU yang walau punya tangan dan kaki yang lengkap tetapi hanya mampu menaip untuk melakukan kerja kerana tangannya tidak kuat untuk memutar skru. Begitulah saya, mahu bangun dari tidurpun memerlukan seseorang untuk mengangkat saya duduk, saya tidak boleh turun naik dengan mudah dari kereta hinggakan najis saya perlu dibasuh oleh anak..., nak disuruh bersaing dalam dunia perniagaan yang terbuka... Secantik manapun perancangan dan kertas kerja, ianya amat-amat sukar terlaksana.

Oleh itu perniagan ini dalam keadaan yang boleh di ibaratkan hidup segan mati tak mahu. Saya akan berusaha termampu mungkin untuk mengusahakan juga perniagaan ini dan berjumpa pemimpin-pemimpin yang menang dan pihak berwajib agar di pertimbangkan peluang untuk warga OKU yang berniaga. Sementara itu saya terpaksa menyusun satu projek kursus komputer warga kurang berkemampuan yang saya buka penyertaannya kepada anak-anak yatim, anak-anak ibu tunggal, ibu tinggal, anak-anak fakir miskin, anak-anak OKU dan OKU, yang memerlukan latihan dan kursus seumpama ini.

Buat masa ini perniagaan ini masih bertahan atas sumbangan orang ramai terhadap 'Projek Kursus Komputer untuk Warga Kurang Berkemampuan" yang mana, bila dalam keadaan terdesak ALLAH sentiasa membuka hati-hati insan yang pemurah untuk membantu membuat tajaan terhadap kursus tersebut dan dengan perolehan itulah segala tunggakkan sewa dan bil di lunaskan dan jika ada lebihan saya gunakan untuk menampung perbelanjaan kehidupan bekeluarga.
Oleh itu saya amat memerlukan Dana Tajaan pihak Para Dermawan untuk membolehkan kursus tersebut dijalankan. Pihak Dermawan akan dapat membantu dan menyumbang ke arah ‘SERAMPANG DUA MATA’ dimana dapat membantu syarikat Warga OKU terus hidup disamping juga membantu anak-anak golongan fakir miskin dan Warga OKU yang lain untuk mendapat peluang mempelajari teknologi IT dan komputer sebagai asas ilmu untuk mereka melangkah membentuk kerjaya di masa hadapan seiring dengan kemajuan teknologi yang telah dibina oleh kerajaan.
Saya amat mengharapkan agar pihak Para Dermawan dapat menyambut baik permohonan ini dengan membantu, menaja, promosikan, menghebahkan atau apa juga cara yang pihak Para Dermawan rasakan wajar untuk memberikan kami selembar harapan bagi terus berusaha melalui perniagaan ini sebagai Warga OKU. Saya sudah tidak punya wang lebihan untuk membayar semua kos perniagaan ini.

Saya memohon maaf kerana terpaksa merayu kepada pihak Para Dermawan kerana permohonan saya kepada pihak-pihak dan Institusi Kerajaan setakat ini belum mendapat maklumbalas yang positif. Terlalu banyak karenah dan birokrasi yang perlu saya tempuhi yang memungkinkan usaha saya untuk menyelamatkan perniagaan ini terbayar dengan sebuah kegagalan. Pihak Para Dermawan boleh datang menjenguk saya untuk mengetahui kedudukan sebenar kenapa saya terpaksa mengajukan permohonan ini.
Sampai bila keadaan ini boleh bertahan untuk membolehkan perniagaan ini di teruskan? selagi ALLAH mengizinkan perniagaan ini terus saya usahakan atau ALLAH membuka hati pemimpin untuk memikirkan sesuatu bagi menyediakan kerja terhadap perniagaan yang di jalankan oleh setiap usahawan OKU.

Semoga Allah membalasi jasa baik pihak Para Dermawan di atas kesudian mendengar rintihan ini dan sya berharap muga sudi membantu saya Warga OKU dan mereka warga dhoif bagi memberikan kami semua ruang untuk bersama menikmati nikmat hidup di bumi yang bertuah ini.
Saya memohon maaf kerana terpaksa merayu kepada pihak Para Dermawan kerana permohonan saya kepada pihak-pihak dan Institusi Kerajaan setakat ini belum mendapat maklumbalas yang positif. Terlalu banyak karenah dan birokrasi yang perlu saya tempuhi yang memungkinkan usaha saya untuk menyelamatkan perniagaan ini terbayar dengan sebuah kegagalan. Pihak Para Dermawan boleh datang menjenguk saya untuk mengetahui kedudukan sebenar kenapa saya terpaksa mengajukan permohonan ini. Semoga Allah membalasi jasa baik pihak Para Dermawan di atas kesudian mendengar rintihan ini dan sya berharap muga sudi membantu saya Warga OKU dan mereka warga dhoif bagi memberikan kami semua ruang untuk bersama menikmati nikmat hidup di bumi yang bertuah ini.


Sekian, mohon maaf. Terima Kasih.


OMAR BIN ABDUL AZIZ.
Tel -  012 555054


No comments:

Post a Comment