Thursday, January 29, 2015

ALLAH MAHA PENCIPTA - KEUNIKAN HAIWAN DIKENALI SEBAGAI ARMADILLO

Terdapat di tengah Argentina di Amerika Selatan, di mana selalu mendiami dikawasan kering dan dataran berpasir di mana mereka gemar tinggal dikawasan kaktus dan semak berduri. Armadillo ini lebih suka bersembunyi di tanah kering dan akan mencari tempat perlindungan yang lain ketika hujan.


Wednesday, January 28, 2015

ZIKIR

BERITA PELIK DARI PENJARA MESIR, SATU KEAJAIBAN


Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir.

Monday, January 26, 2015

KENALI ULAMA' - ALMARHUM DATUK MUFTI HAJI ISHAK BIN BAHAROM (CERAMAH)

Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan sekarang ini menjadi pendakwah bebas.Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharum bin Jaffar , berasal dari Banjarmasin, Sumatra. 

Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manung, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak.

SAJAK 'SAKRATUL MAUT' DIBACA OLEH DINI JURI - AL-ARQAM


Sajak bertajuk 'Sakratul Maut' dibaca oleh Dini Juri dalam Majlis Kesenian Islam Al-ArqaM dan dikasetkan sekitar tahun 90an

Friday, January 23, 2015

BONGKAK SOMBONG TIDAK KE MANA


Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman: 18)

Huraian ;

Sesungguhnya manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan rezeki dan nikmat yang berbeza. Ada yang kaya, yang cerdik, yang sihat, yang sempurna sifat, yang bangsawan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ada juga yang miskin, yang cacat, yang sakit, yang hodoh dan sebagainya. Kesemua kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT bukanlah lesen untuk berlagak bongkak, sombong dan takbur kepada mereka yang malang dan kurang bernasib baik.

KISAH MENUSUK KALBU - REZEKI DI STESEN MINYAK

Satu kisah dari pemilik Facebook bernama Pnut Syafinaz yang sangat menginsafkan

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.


Thursday, January 22, 2015

PENYAKIT-PENYAKIT ANEH DALAM SEJARAH MANUSIA

Kalau kita jumpa orang yang menghidap penyakit seperti ini, jangan pula kita sindir, hina dan pulaukan mereka.  Merekapun manusia biasa macam kita.

Kadang-kadang penyakit macam ini berpunca daripada masalah keturunan, genetik atau pun bawaan..

Itu yang nampak sesetengah penyakit tu pelik, jijik dan menggelikan..

Kalau nak tahu apa jenis penyakit yang pelik tu, jom layan gambar dibawah ini.. 

1. Progeria
Penyakit dimana seseorang tu akan nampak lebih tua dari umur dia yang sebenar. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang ekstrem. 

KUPASAN KITAB - MENGHORMATI SAHABAT & ULAMAK - USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL AZIZ

Kupasan Kitab - Menghormati Sahabat & Ulamak
- Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz





Thursday, January 8, 2015

KISAH SEDIH BANJIR - "MAK... NAK NASI"

Sedikit penerangan video ini. Video ini dirakamkan semasa saya ke Kampung Kuala Sungai, Gua Musang, Kelantan.



(sila dengar suara kanak-kanak menangis dan dengarlah apakah perkataan yang disebutnya - dalam video dibawah)