Saturday, October 19, 2013

Warkah Untuk Ahli Syurga

AKU peniaga CACAT ;

AKU peniaga Warga OKU. Sebagai usaha untuk memastikan perniagaan yang diusahakan, dapat terus turut serta dalam perkembangan ekonomi negara akibat dari saingan yang kuat dengan peniaga-peniaga sihat, maka saya merangka beberapa pendekatan yang harus di ambil bagi membolehkan saya dapat terus berniaga dan berusaha selagi terdaya.

Dengan kemampuan dan kudrat yang terbatas ini, saya telah merangka Kelas-kelas komputer dengan pelbagai pilihan aplikasi dan program untuk di pelajari dan dimanfaatkan oleh peserta-peserta yang mengikuti kursus ini nanti. Namun, kursus berbayar atau beryuran kurang mendapat sambutan.



Untuk memastikan saya dapat terus berusaha melalui perniagaan ini, saya telah merangka satu projek yang saya namakan PROJEK KURSUS KOMPUTER WARGA KURANG MAMPU. Saya mencari anak-anak OKU, anak-anak yang bapa atau penjaganya OKU, anak-anak YATIM dan anak-anak Warga Kurang Berkemampuan untuk saya didik mereka dengan ilmu komputer dan IT sekadar pengalaman yang Allah anugerahi pada saya.

The Disabled Programme - Going for A Little Walk in the City.

The Disabled Programme - Going for A Little Walk in the City.
Bar Council Human Rights.

Program Jalan-jalan bersama OKU di Kuala Lumpur
yang di anjurkan oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia
Sabtu 19/10/2013
jam 9:30 pg.
Program disertai DBKL.
Berjalan hingga ke hentian puduraya.
Ini adalah kempen kesedaran untuk masyarakat dan pihak berkuasa terhadap prasarana OKU.





DOUBLE KLIK PADA GAMBAR UNTUK
BESARKAN GAMBAR